Kenapa Aku Suka Berblog

12/09/2010 10:02:00 PTG , 10 Comments

Salam pembaca blog semua,

Pada mulanya aku takda mood nak update blog hari ni.. saja aku nak tengok kalau sehari takda entri baru diupdate macam mana prestasi blog aku. Teringin juga tengok samada pengunjung datang ke sini kerana tertarik nak baca entri atau sebab datang nak download drama semata-mata.

Tapi disebabkan jiwa nak menulis ni dah mula sebati dalam diri.. rasa macam tak puas kalau sehari tak buat entri baru. 

Malam ni aku nak cerita dengan korang semua "KENAPA AKU SUKA BERBLOG" dan apa yang menyebabkan aku bersemangat nak update blog.


Aku gunakan blogspot.com sebagai rumah percuma blog aku

Sebenarnya aku dah 3 tahun ada blog yang aku kategorikan sebagai blog peribadi. Blog aku ni sebelum ni tak aktif langsung sampaikan boleh kira dengan jari setahun berapa kali aku update blog ni.

Aku mula aktif menulis blog ni penghujung tahun lepas itu pon selepas isteriku asik suruh update blog setiap hari. Semua aktiviti peribadi aku, aku tulis dalam blog ni.. sebab sebelum ni aku berjauhan dengan isteri aku yang pada masa tu dia berstatus tunang dengan aku. So kalau dia nak tahu perkembangan aku dia akan bacalah dalam blog ni.. kira masa tu wife aku jelah yang jadi  pengunjung setia blog ni.. kekadang sehari tu visitor cuma dia sorang je.


Tahun 2008 - cuma 2 je entri.. punya pemalas masa tu update blog

Tapi lepas wife aku kenalkan aku dengan nuffnang semangat nak terus mendalami ilmu berblogging makin bersemangat, lagi2 bila tengok setiap minggu pada hari isnin ada je bayaran dari nuffnang hasil uniqe klik dan klik sendiri masa tu.. hehehe (tu masa dulu ye.. sekarang dah taubat).. bayaran tu bukan banyak pon kekadang tak sampai RM1 pon seminggu.

Selepas 4 bulan aku bersama nuffnang.. baru aku dapat rasa buffered earning pertama yang masa tu aku tak perasan pon bila masa dia datang.. tahu2 je dah jadi metered earning.. hehehe.

Sedar tak sedar semakin hari semakin bertambah buffered earning dari nuffnang dia bagi dekat blog aku dan dari situlah mulanya aku bertambah bersemangat untuk terus bersama komuniti nuffnang ni. Sampaikan pernah aku dapat buffered earning lebih dari 10 serentak. Cuma yang sedih masa tu visitor aku tak sampai 100 pon sehari tapi kira syukur jugalah.. rezeki tak disangka-sangka namanya..

First time jumpa eyriqazz

Dan yang paling seronok sepanjang berblog ni bila aku pernah dapat jemputan berbuka puasa bersama dengan rakan-rakan blogger dari nuffnang dan Digi yang kebetulan pada masa tu aku pulak terpilih untuk membuat review produk DiGi iaitu DiGiMiFi. Aku rasa kalau aku tak berblog mana mungkin aku nak join aktiviti2 dia orang kan. 

So korang mungkin dah tahukan sekarang kenapa aku suka berblog?

Ringkasannya 4 sebab dekat bawah ni:-

- Dapat ramai kenalan & info dalam dunia maya ni.
- Dapat join aktiviti & juga event anjuran nuffnang
- Dapat buat review gadget2 terkini dari DiGi
- Paling best dapat buat duit hasil dari iklan nuffnang (kira bonus dari berblog ni)


Nota kaki : Macam mana dengan korang pulak.. kenapa korang suka berblog? adakah kerana duit semata-mata2 atau ada sebab lain.. jom kongsi pengalaman korang pulak.



online counter




--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. isi masa yang terluang dgn tulis blog ;D

    BalasPadam
  2. Salam bro..tu rasanya kenangan terindah la kot no..ahaks

    BalasPadam
  3. whoa.. start berblogging 2008? 0_0

    BalasPadam
  4. @cik Gallus : baguslah tu dari buat benda2 tak berfaedahkan

    @abu : hehehe

    @Suffer8zine : tq2 bro

    @Aida : baru je aktif tahun ni

    BalasPadam
  5. same la bro..dlu berblog coz duk bercintan cntun..lepas kenal nuffnang bru pk wt blog ngan betul.hehee..
    biler lame, rs makin best..hee

    BalasPadam
  6. tambah skill dalam IT dan skill menulis...tq mid kenal kan aku dengan dunia blog ni...

    BalasPadam
  7. saja suka2..\
    lps tu berkenan plak..
    hehehee

    BalasPadam
  8. Wah berblog kerana dorongan isteri.. menarik-menarik..hehe

    BalasPadam
  9. @darkbatman : hehehe.. bercinta cantun? nanti aku cari entri cintan cantun kau ye..hehehe

    @Ron : sama2 wak rone.. kita nak jadi reporter tak layak .. so jadi reporter sendiri dalam blog pn jadilah...hehehe

    @Mie : Bermula dari suka2 lama2 timbul minat..semakin lama semakin cinta pulak dengan nuff ni..

    @Izzat: hehehe.. isteri penyuntik semangat... tanpa sidia.. mungkin aku tak berblog kot.. eheheh

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..