Sapa yang perasan entri aku sebelum ni "Alhamdulillah bertemu dengan Buah Zuriat" yang mana aku janji akan kongsi macam mana cara nak memakan buat zuriat ni.
Pagi ni kalau korang nak tahu aku baru je selesai mengerjakan 2 biji buah zuriat ni.. kata orang kalau dah buat sendiri baru tahu macam mana susahnya nak mengerjakan buah zuriat yang sangat keras ni.
![]() |
| Bentuk Buah Zuriat |
Daripada sumber-sumber bacaa dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni
CARA MAKAN BUAH ZURIAT (kredit dari blog Serumpun kasih)
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-
Cara Pertama
Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."
(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).
Dekat Bawah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa mengerjakan buah zuriat tadi
Mula-mula ingat nak ketuk guna lesung batu.. tapi tak jalan juga..melantun-lantun macam belon
kecewa dengan lesung aku cuba hiris guna pisau.. macam kopek buah kelapa tau.. sebab ada sabut
Kalau betul2 tak sabar memang tak jadilah macam dekat atas ni.. pertama kali aku buat keje macam ni.. hehehe.. demi untuk isteri tercinta
nilah dia beza yang aku dah buang sabut dengan belum.. kalau korang nak tahu.. tempurung ni lagi keras dari tempurung kelapa.
konon-konon nak cuba ketuk guna lesung lepas buang sabut.. tapi mcam takda kesan je.. still rupa yang sama.
korang tahu aku buat apa ni sampai berlubang.. aku korek dekat atas sampai jadi macam ni guna pisau..
akhirnya aku berjaya kopek tempurung buah zuriat untuk lapisan pertama
nilah dia biji buah zuriat lepas keluar dari tempurung.. kalau korang nak tahu kulit yang ni lagi keras dari dari tempurung luar tadi
hasilnya membuahkan hasil.. lega rasanya bila dah berjaya keluarkan dari tempurung..
nilah dia isi buah zuriat tu.. sekali pandang macam isi kelapa kering.. bila aku picit isi dalam tu keras dia cuma tuhan je yang tahu.
tengoklah hasil aku kerjakan 2 biji buah zuriat dari Mekah ni.
Alhamdulilah isi dah aku keluarkan dan dah siap potong untuk direbus.. dia orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. tadi aku dah mula rebus.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.. aku pon tak rasa lagi air tu rasa apa sebenarnya.. apa pon doakan kami berdua supaya cepat dikurniakan zuriat ye.. amin
Nota Kaki : Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

























tak pernah tgk buah ni ....... mana yer leh dapat buah niiii
BalasPadambuah aper tue ekk?? nampak pelik jerrr...
BalasPadambuah zuriat? tak pernah dengar.. doa untuk dapat zuriat.. bagus untuk kesuburan ke camne? hehe
BalasPadam@Jery_Alid Misyahzniirf : buah ni memang takda dekat malaysia.. tapi boleh dibeli dari Mekah atau kirim dengan orang yang pegi haji.. beli dekat sana.. aku dapat pon sebab ada kawan isteri yang balik dari Mekah bagi 2 biji
BalasPadam@far_east : ni dalam bahasa melayu dipanggil buah zuriat.. aku mula-mula tengok pon pelik.. tapi sekarang dok lagi
@Izzat Aziz : ya nama buah zuriat orang panggil.. cuba cari dekat google banyak info dalam tu.. first aku dapat tahu dari BEN ASHAARI.. Doa untuk dapat zuriat tu bagus diamalkan untuk dapat cahaya mata.. kita cuma berusaha je.. tuhan yang menentukan semua
Semoga cepat dapat zuriat ya ;) Amin~
BalasPadammmg x pernah tgk buah ni bro!
BalasPadamTerkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.
gudluck bro..hehe..cpt2 timang anak. mesti comel anak ko nt..
BalasPadam@mrsdjones : tq..doa2lah ye..kita usaha je..
BalasPadam@Suffer8zine : buah ni dekat mekah je bro.. tu yg jarang nampak dekat malaysia
@Darkbatman : tq..insyaallah kalau ada rezeki.. kita usaha je.. hang jgn lama2 tunggu.. tak baik membujang lama2.. nanti aku carikan buah untuk orang bujang ye..hahaha
sy tgh mncuba buah zuriat ni jg...mmg mencabar nk dptkan biji dlmnya tu..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadambr tau n br dpt 2 biji tp rsnya buah yg kt gmbr atas lg besar. Belah buah zuriat ni rs cam belah kayu api pun ada gak.. pape pun tengkiu ats panduan cara mkn buah zuriat.
BalasPadamfirst time tengok buah Zuriat nih uhuhuhu
BalasPadamSalam saudara, saya sendiri yang belah buah ni... ternyata Allah Azzawajalla nak uji kesabaran kita dalam mencapai apa yang kita impikan... saper yg bukak dengan penuh kesabaran akan merasa nikmatnya lepas tgk hasil usaha sendiri...
BalasPadammcm mana lepas try buah zuriat ni bro? ada kesan positif ke? saya n wife baru nak try nih...
BalasPadamAlhamdulilah bulan ni wife saya disahkan mengandung anak pertama.. sama ada kesan dari pernah memakan buah zuriat ni atau tidak.. saya tak dapat nak pastikan.. sebab yg penting kita usaha...
BalasPadamRasanya saya minum air zuriat ni bulan 12.. doktor kata sekarang dah hamil 7 minggu..
Doakan semoga anak yg dikandung oleh wife saya selamat dan sihat sentiasa termasuk wife saya..
Jangan putus berusaha.. insyaallah tuhan maha mengetahui apa yg diberikan kepada hambanya
Myvitrd, tahniah!!! Teman kene usaha lebih sikit nih!!!
BalasPadamthanks tnjuk cara mkn buah zuriat tu walaupun entri tu dh lama..heheh..saya pn bru nk cuba buah tu lpas ayah bli di mekah..
BalasPadamtp saya nk tnya,isteri awk sblum dpt tau pregnant 7 mnggu tu takde rsa pape ke?cm demam ke tak sihat ke..anyway congrats
@wak sate : takpe pelan2 kayuh wak.. yg penting jgn berenti berusaha ya..
BalasPadam@ tq2.. kita orang memang tak tahu sebelum ni yg dah pregnant 7 minggu.. cuma dapat suspect lepas lewat sangat period tak tak datang.. sebab sebelumni pernah juga lewat tapi keputusan check negetif.. rsanya dia sampai sekarang takda apa2 alahan.. dan sebelum ni pun cuma ada rasa macam penat2 tu je..
sy baru stat amal,smlm dh ketok pkai skru..mudah-mudahan la..sy ni dulu dh pregnant tp ade mslh,so sy nk usaha dgn jln ni pulak :)
BalasPadamyaallah susah sgt nk dpt kn hasil buah ni...selain dari dpt zuriat ni ape lg ek hasiatnya...
BalasPadamsalam...
BalasPadamselain mengamalkan minum air rebusan buah ini, elok jika isteri mengambil suplement evening primrose oil.
saya telah mencuba kedua duanya dan alhamdulillah setelah 8 tahun kahwin kini saya hamil anak pertama 4 bulan...doa yang paling penting...
@myra mustapha : insyaallah semoga berhasil
BalasPadam@anon : Memang susah nak dapat, hanya ada ditanah suci Mekkah je.. sepanjang pengetahuan saya khasiat buah ni untuk mendapatkan zuriat.. selain dari tu tak surelah.
@Nor Klang : alhamdulillah sama-sama kita berusaha.. yang penting ada usaha ada jalannya.. amin
saya ada jual buah ni..rm5/biji.. jom pakat beli..contact baraka_gel@yahoo.com. LIMITED TIME ONLY. saya bawak dari mesir
BalasPadamkuasa Allah.....maybe ada logikanya....seadventure mana kita nak kuarkan isi buah nih...sebesar mana usaha kita....
BalasPadamSalam,,
BalasPadamthanks sbb share cara nak pecahkan buah nie...sbb sya bru je dpt buah nie...thanks ;)
as-salam, mohon share di blog saya, ye. nanti saya creditkan ke blog ni :)
BalasPadamSalam...
BalasPadam10 biji buah zuriat = RM 60
1 kotak serbuk debunga kurma = RM 38
PAKEJ JIMAT!
1 kotak serbuk debunga kurma + 6 biji buah zuriat = RM 60 sahaja
Semua harga SUDAH termasuk pos laju..
Lawati http://herbazuriat.blogspot.com
Mudah-mudahan en myvirtd dan isteri dipermudahkan utk mendapa zuriat2 yg soleh dan solehah....aminnn
BalasPadampenantian akhirnya berakhir tak sangka.. syukur ke hadrat Illahi.. ^_^
BalasPadammak mertua saya ada bawa balik buah zuriat yang serbuk punye...agak2 nk guna macamane ye?
BalasPadam@ummi : boleh rujuk sini http://rumpunyakasihharmoninyasayang.blogspot.com/2010/05/produk-nur-ainun.html
BalasPadamtrima kasih ats perkongsian ilmu yg berguna..baru2 ni dpt buah ni dr abg yg baru pulang dr tanah suci tp x tau nak buat mcmana..nasib x rebus dgn kulit2 sume...smoga lps ni rezeki sy pula..AMIN.
BalasPadamPn CT : salam ukhwah buat semua...
BalasPadambru hari ni sy t'baca tentang buah zuriat ni..
baru nk mencari buah ni..hrp dpt doakan utk sy & suami skali yer ;-)
t.kasih pd owner page sbb sudi kongsi ilmu
Alhamdulillah..akhirnya jumpa gak cara nk mkn buah zuriat ni. mmg keras kebatun buah ni..hehe
BalasPadamsalam...mcm mne nk dptkn buah zuriat nie ek?tlg bg thu..
BalasPadamSebelum ni saya dapat dari rakan isteri yang balik dari Mekah.. tapi rasanya ada orang jual kot melalui blog kalau tak silap boleh rujuk di
Padamhttp://www.myvitrd.com/2011/07/saya-ada-jual-buah-zuriat-stok-buah.html
salam buat semua saya puan fatimah,seiapa yang sedang mencari buah zuriat -debunga kurma dn juga madu asli dan ada juga minyak asli alhabbatusawda... sila emil saya di buahzuriat@yahoo.com segera harga sangat berpatutan
BalasPadamAlhamdulillah, air rebusan buah zuriat rasanya sedap dan harum juga.
BalasPadamsalam..maaf ya tumpang promosi...
BalasPadamsy ada menjual buah zuriat ini..boleh beli sebiji...jika berminat boleh email sy di honeyyus@gmail.com..terima kasih
assalamualaikum saya puan fatimah
BalasPadamstok buah zuriat dah sampai siapa yang berminat sila sms saya segera ye013-2737078
my emil buahzuriat@yahoo.com
Mksud nya klu isi buah dh dpotong kecil2, kena rebus semua skali ke? Sukatan air rebusan utk dmnum satu kali atau bole simpan dan minum berhari2?
BalasPadamslm sume...alhamdulillah smlm adik ipar blek dri tanah suci n bli kn sy buah zuriat n serbuk bunga kurma..harap sume dpt doa kn sy berhasil kali ni..amin..
BalasPadamThanks for sharing this gud info..sy pun pnh blah buah ni dgn gergaji..tp tklah smpi nmpk isi mcm dishare ni...br tau rp2 nye kn blh smpi nmpk isi..sbiji mcm isi klp kan..ada jg family n kwn blkan d mkh..insyaALlah nk buat bnda yg sm...tq pd yg shre..doakan sy pun dpt zuriat jg.....amin..
BalasPadamthanks.....sy baru dpt buah ni...shabat pergi mekah..dia belikn...
BalasPadamsaya baru je dapat buah zuriat ni... kirim daripada sepupu isteri yang pergi umrah baru-baru ni...
BalasPadaminsya ALLAH, mudah-mudahan kita dianugerahkan anak-anak yang sholih sholihah yang sempurna sifat dan fizikal.... amin :-)