Jumaat 31-12-2010 Istihar Cuti Umum Oleh Perdana Menteri | Sempena Kemenangan Malaysia Piala AFF Suziki 2010

12/30/2010 08:38:00 PG , 2 Comments

Salam,

Tahniah Malaysia atas kejayaan membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010 yang telah diidam-idamkan selama 14 tahun.. Tahniah sekali lagi.

Jaringan pemusnah buat gawang Indonesia di Bukit Jalil

Ekoran dari kemenangan itu Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan 31-12-2010 sebagai cuti umum..

Petikan dari BERNAMA


KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

-- BERNAMA


Aku bab cuti ni memang suka.. korang suka tak?


Nota : Tepat ramalan si tikus Pink yang meramalkan Malaysia menang menentang Indonesia.. buat Jejai jaga baik-baik tikus tu takut ada yang curi buat ramal nombor ekor pulak..

Esok cuti umum so korang rancang nak pegi mana?

online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. tahniah dan yeahuuu esok cuti!! terus takde mood nak keje arini
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    BalasPadam
  2. @sw33tdarling : huhu..aku pulak kena OT esok.. sepatutnya dah boleh g jalan2.. batal semua urusan...huhuhu

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..