Jangan Bagi Eyriqazz Bersuara! Kan dah Kena

12/29/2010 04:01:00 PTG , , , 20 Comments

Salam semua,

Pagi tadi memang aku buzy sikit sampaikan aku tak perasaan rakan aku eyriqazz buat satu segmen tegur-menegur. Yang menariknya blog pertama yang ditegur adalah blog myvitrd.. blog sapa tu ye.. hahaha mengaku cepat. 2 lagi blog yang ditegur adalah Mama Zharfan dan Ynnlunia/Liyana Lunia


Apa yang bro eyriqazz dah tegur?

Teguran :

1) Nama blog sukar disebut, dieja, dan ditype. Nama blog memainkan peranan yang penting especially for first time visitor.Nickname Tn. Punya pun agak mengelirukan. Jgn follow nama blog eyriqazz, eyriqazz memang suka syok sendiri. Hik3... [ Tips|Nickname of Nickname] .Rasanya sudah tiba masanya bro bertukar ke domain dan nama yang lebih menarik hati.


2) 3 column blog. Bukan mudah . Some widget di sebelah kanan mungkin boleh dikemaskan lagi dan buang mana yang tidak perlu .


3) Pelbagaikan entry n more picture plzz bro.Life is Beautiful, serlahkan penceritaan anda dengan gambar yang mengujakan dan pengalaman yang mempesona.


4) On the positive notes, tahniah bro semakin aktif dengan event blogging. Tambah kenalan adalah sesuatu yang bagus,networking is one of the way untuk mempromosikan blog dan diri sendiri .

aik takkan lepaskan geram dekat patung ni kot.... hehehe

Korang dah baca teguran tu.. haaa kan aku dah kata jangan sampai eyriqazz bersuara, kan dah kena tegur.. kecik ati ke kena tegur? jawapan aku tidak.. sebab aku memang perlukan teguran yang membina dari rakan-rakan blogger untuk memperbaiki segala kelemahan aku selama ni dalam berblog.. 

Teguran yang pertama tu aku dah lama alert sebab sebelum ni pon aku pernah duduk semeja dengan eyriqazz dan teguran yang sama dia berikan dekat aku.. so aku memang dah lama nak tukar nickname aku tu.. tapi buat masa sekarang aku belum dapat yang sesuai.. mungkinkah tahun 2011 ada perubahan besar-besaran terhadap blog ni? jawapannya tunggu...

Cerita 3 column tu aku sendiri tak tahu macam mana nak jadikan dia 2 column.. sebab templete blog aku tu aku download je.. ingat nak rujuk dekat Mel Romeo untuk designkan templete baru.. ke ada yang sudi nak designkan aku punya templete baru? kalau ada boleh roger aku ye.. sebab aku tahu dekat luar tu ramai yang pakar-pakar dalam designer ni.

Teguran yang ke-3 tu.. insyaallah bro.. masuk tahun 2011 aku akan perbaiki segala kelemahan dalam entri aku dan banyakkan gambar-gambar yang menarik sikit.. tapi bukan gambar lucah ye.. yang tu korang boleh google dalam blog eyriqazz ada gambar dia buat tiger show..hehehe..


Nota terakhir : Insyaallah semua teguran tu akan aku jadikan panduan untuk maju dalam dunia blogging ni.. kepada blogger-blogger yang nak kena tegur juga rajin-rajinlah ye terjah blog eyriqazz ni.. bukan setakat korang bakal kena tegur malahan mungkin juga korang berpeluang membawa pulang Vaucer Haven Restoren hanti dari beliau.



online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

20 ulasan:

  1. seronok yer kamu dapat teguran membina dari otai GTO...tapi apa2 pun saya mmg tabik spring dgn blog kamu...beshhh dan santai....

    (p/s : saya penah gak kena tegur ngan eyrizaqq pasal header huhu la nie tgh design header baru)

    BalasPadam
  2. @far-east : tq2 sebab ada juga blogger yang selalu berkunjung dekat sini.. kalau nak belajar ilmu blogging dengan eyriqazz bagus menuntut

    BalasPadam
  3. dgn kamu pun byk ilmu dpt cuma kdg2 sedih sket laa...lambat nak upload laa belog ni..sbb per ekk..

    BalasPadam
  4. @far_east : beloq sapa lambat saya ke kamu punya..

    BalasPadam
  5. DeQdEq dh baca tadi kat blog Eyriqazz....mmg best jer bila ada yang menegur mcm nih...sng skit kita nak improve lagi blog kita..

    DeQdeq siap request kat eyriqazz minta dia tegur blog DeQdeq..heheheh..

    tp yg pastinya pasal url DeQdEq pun dah kena tegur...sebab panjang...

    eyriqazz mcm x galakkan je r ada 3 column kan...DeQdeq skrg nih pun buat 3 column juga...

    BalasPadam
  6. syg x nak abg tukar nama blog abg...syg suka nama tu....noktah...

    BalasPadam
  7. nmpaknya isteri tersayang tak bagi tukar nama blog...naper tu malarang-kak....hhheeheh..

    malarang-kak: cam DeQdEq tak? ada terserempak kat konsert DT kt sunway ari tu...heheh

    BalasPadam
  8. saya mula2 kena ahm,dia cuma ada 2 entry je dalam blog ni.saya yang kenalkan dia dgn nuffnang dan bagi dia dorongan untuk berblog.dia mula giat berblog hingga berada dalam tahap sekarang dengan nama myvitrd ni.bagi saya x patut nak tukar.Mungkin dia blh ubah blog dia dari segi lain,bukan dengan tukar nama. rasanya x susah nak ingat, nama keta myvi...keta tu banyak orang guna..

    Deqdeq saya perasan awak kat sunway,husband saya cakap,tapi dia tak berani nak tegur takut salah org.tak pa insyallah lain kali kalau jumpa saya tegur k..sorry ya...

    BalasPadam
  9. wah...kenal melalui dunia blog ke?

    DeQdEq dah agak mesti ada sesuatu sebalik nama tu kan...ada sentimental value...

    pada DeQdEq, DeQdEq dah igt nama myvirt @ Tn Punya sbb dah join contest...pastu Tn Punya rajin membalas komen...pada DeQdEq ok je nama skrg tu...

    tapi terpulang la kan...mcm eyriqazz bg pendapat dari sudut pandang eyriqazz kan..

    hehhehe..sama la DeQdEq malam tu pun perasan malarang-kak dan Tn Punya, tp tak berani juga nak tegur...takut tersalah orang...dah tu nak tegur tapi tak tau nak tegur nak panggil apa..heheheh

    BalasPadam
  10. panggil i adik je,haha...x pa lain kali kita tegur menegur ya kalau jumpa,hehe...

    x,kita org bukan kenal dalam dunia blog....tapi blog ni byk memori bg ktorg...

    x pa saya pun x kisah,itu pandangan masing2..cuma bg saya,kalau blh saya tak nak ahm tukar nama tu..

    BalasPadam
  11. ok...lain kali bila kita jumpa, kita tegur yer..hehheh

    BalasPadam
  12. Nampaknya aku kena hormati keputusan si isteriku yang tercinta.. untuk tidak mengubah nama myvitrd.. memang kita orang banyak memori tersurat dalam blog ni..

    Apa pon aku terima teguran eyriqazz dengan hati terbuka..

    Buat isteriku yang tercinta demimu syg abg tak akan ubah nama myvitrd tu.. mungkin satu hari nanti ia akan bertukar kepada myvitrd.com sahaja..

    Tq isteriku atas pandangan peribadi tu..

    @ Deqdeq : insyallah kalau jumpa next time tegurlah ye dulu.. kami berdua memang pemalu sikit.. hehehe

    BalasPadam
  13. Ala...sweetnya....simpan elok2 tau kenangan korang berdua ni okey...

    kalau boleh abadikan la juga dlm blog kisah korang...menarik jer bunyinya..

    DeQdEq okey jer dgn myvirt ni...

    orite...nnt bila jumpa lagi DeQdEq tegur yer..

    dpt tiket wayang Season of the witch tak?

    BalasPadam
  14. thanks for the entry bro...fuhh,ada sentimental value rupanya..hik3,apapun pandangan itu hanya pandangan pribadi,..samalah juga dengan eyriqazz.com ,memang susah giler nak ingat smapai ada yang eja eyrizaqq la,eyziraqq dan pelbagai lagi but the name ada sentimental value for me..hik4,kalau itu kata si isteri, ok je bro...No hal...take a small step to make a bigger step...lama2 people will get use to it..samala juga bila nak eja blog c33ram00nkan?

    good luck bro..InsyaAllah,sokongan isteri,anda akan terus ke hadapan

    BalasPadam
  15. abg:tq,sbb terima pandangan saya tu..love u...

    eyriqazz:tq sbb tegur blog hubby saya.kalau bab tukar nama mmg saya tak sokong.tapi kalau nak tegur blog hubby saya dari segi lain,saya tak kisah...mungkin padangan eriqazz tu blh menambah baik kan blog hubbby saya...jangan marah k...

    BalasPadam
  16. waaa isteri kamu sudah menegur hehe setuju ajer dgn pendapat diaorang..itu hak masing2 dan eyrizaqq bagi pandangan dari perspektif dia..yang penting kita berblog secara aman...

    (p/s: blog kamu kdg2 lmbt upload...huhu kenapa ekk?)

    BalasPadam
  17. @eyriqazz : hehehe.. kekadang kita kena hormat keputusan isteri... apa pon pandangn kau eyriqazz aku suka bila bagi teguran membina.. aku sentiasa support blog kawan ni.. dulu aku nak ingat hang punya blog asik silap je eja.. kekadang kena masuk blog orang lain cari ulr tu.. sekarang tidak lagi.. aku dah boleh ingat dengan lancarnya.. hehehe

    @malarang-kak : ta syg.. sebab sentiasa menyokong penuh abg untuk terus berblog.. love u sygku..

    @far-east : biasalah tu isteri mana tak sayangkan suamikan.. apa yang isteri ckp tu memang betul .. dalam blog ni banyak memori kami berdua.. sampaikan mak mertua pon jadi silent reader dekat blog ni.. hehehe.. tu yang kena cakap sopan2 je,.. hehehe..

    Teruskan berblog secara aman.. aku punya sifu : eyriqazz.. so cikgu mesti sesekali tegur anak murid dia kalau ada yang tak betul.. hehehe

    BalasPadam
  18. @deqdeq : tq2 sebab sentiasa baca dalam blog ni.. insyallah ada umur yang panjang boleh jumpa nanti..

    Tiket wayang tak dapat mungkin lambat bagi komen ari tu.. ada juga antar penyertaan.. mungkin takda rezeki kot.. yang ada 4 tiket TGV nuffnang bagi pon tak tengok lagi.. hehehe

    BalasPadam
  19. memang blog myvirt ni antara blog yang DeQdEq mst singgah setiap hari pun...

    sejak DeQdEq join contest ari tu la..ehhehe

    BalasPadam
  20. @deqdeq : tq2.. teruskan bersama kami..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..