Saturday, December 25, 2010

Berzina Depan Mak Ayah | Dua Beradik Peluk Kekasih

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

sekadar gambar hiasan... kredit pakcik google

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.


Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Sumber rujukan : Metro online

online counter

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

10 comments:

  1. Macam2 perangai bebudak sekarang.. Mohon dijauhkan..

    ReplyDelete
  2. Itu menunjukkan dunia semakin hampir ke penghujungnya... Nasib kita masih tak nampak lagi...
    Semoga kita semua dijauhkan daripada maksiat dan bala bencana hari kiamat... Insyallah...

    ReplyDelete
  3. astarghfirullah..
    mintak dijauhkan dari kita

    ReplyDelete
  4. mcm2 budak skrg nih...berani sesangat....pasti hancur luluh hati mak ayah dorang...

    ReplyDelete
  5. @fairus : tulah aku pon terkejut baca berita tu.. budak zaman sekarang kecik2 dah pandai..

    @najiahtul : betul2 semoga dijauhkan kita dan seluruh keluarga kita dari maksiat ni..

    @Mknace : betul2.. kena rajin tegur menegur kearah kemungkaran ni..

    @PapaMifz : tulah.. kesian seluruh keluarga malu.. bila masa dia bawa masuk lelaki dalam rumah pon tak tahu.. semua banyak ikut pengaruh barat ni.. moga dijauhkan

    ReplyDelete
  6. mintak dijauhkan..nauzubillah...
    kadang2 ibu bapa dah bagi yang terbaik untuk anak2..tapi anak2 masih lagi begitu..kuatlah jati diri, semoga kita tak terpesong dgn dakyah yang ingin melihat kehancuran ummat islam..

    ReplyDelete
  7. @IllianaHidayah : betul tu.. ni bukan salah mak ayah lagi.. ni salah diri sendir.. dengan pengaruh rakan sebaya.. ibu bapa dah bagi yang terbaik untuk anak2.. cuma anak2 tak menghargainya.. moga dijauhkan dari kita malapetaka ni

    ReplyDelete
  8. dah baca psl nih pagi td kt blog lain...mmg tak tau nak kata apa...

    apa la dlm fikiran2 budak2 ni agaknya sampai berani tahap gila lah...kat umah mak ayah sendiri plak tu...

    yang lagi tak leh tahan...baru umur 13 dan 15 tahun dah pandai semua ni...takut nak ada anak rasanya.

    ReplyDelete
  9. budak2 sekrang sudah gila-gila!

    http://www.sisiberbeza.com/

    ReplyDelete
  10. @deqdeq : tulah masih budak dah berani buat benda2 mungkar ni.. pelik betul..salah siapa sekarang ?

    @imzulfadli : bukan gila lagi.. memang dah terlampau..

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini