Azam Tahun 2011

12/24/2010 05:13:00 PTG , 7 Comments

Salam,

Pejam celik dah nak dekat masuk tahun baru 2011.. setiap tahun ada je azam baru nak create.. kekadang tu azam yang lepas pon tak tercapai lagi.. dah mula berangan nak cari azam baru.. tapi takpe itu azam masing-masingkan.

Kebetulan sahabat Mat Joe kita tengah buat satu contest "Azam tahun 2011" aku pon mencuba nasib untuk merebut hadiah yang aku kira bernilai ratusan ringgit.


Kalau korang tanya aku memang banyak azam aku tahun 2011 ni.. ok aku listkan dekat bawah ni..

1- Melancong ke kota Bandung, Indonesia.. kalau korang nak tahu tiket aku dah beli melalui Airasia pertengah tahun ni.. dan kalau takda apa2 aral melintang insyaalah bulan 5 aku akan berhoneymoon untuk kali ke-2. Honeymoon aku yang pertama adalah di Kota Bali.. macam-macam pengalaman manis dan pahit dekat negara orang ni.. aku harapkan honeymoon yang lepas jadikan pengajaran kepada kami berdua supaya lebih bersedia sebelum bercuti di negara orang.

Semasa dibali.. aku pergi satu tempat yang dipanggil "Monkey Forest" tengok tu monyet tu siap naik atas kepala sayang aku.. padahal dah takut masa tu.. hehehe..

2- Azam kedua aku adalah aku nak pindah umah baru.. harap2 semua urusan aku membeli rumah sendiri tercapai tahun 2011 ni.. proses loan semua dah siap tinggal nak tunggu proses dari lawyer je.. cukuplah setahun aku menyewa bersama isteri tercinta.. tak sabar nak pindah rumah sendiri walaupun kecil yang penting rumah tu kita punya.. betul tak?

semoga impian aku untuk memiliki rumah sendiri akan tercapai tahun 2011.. doa2lah ye semoga segala urusan berjalan dengan lancar..


3- Azam ketiga.. yang ni kena usaha kerja keras sikit.. hehehe sebab kata eyriqazz dia nak carikan adik untuk anak dia.. so aku pon nak cari juga pengikat kasih sayang antara kami berdua.. kata orang kita berusaha yang menentukan tuhan.. so doa2lah ye semoga kami berdua dapat dikurniakan zuriat tahun 2011.

So buat tahun 2011 ni aku bagi 3 je azam aku.. tak mahu banyak2 nanti tak dapat dah kecewa.. apa pon ini semua hanya azam sahaja.. yang penting kalau sentiasa sihat insyaallah semua azam korang pon boleh tercapai..

So apa pulak azam korang semua tahun 2011 ni ?  


"contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz(rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120) dan Kak Yon (3xrm10 topup, rm30)"




online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. semoga tercapai azam tu.. goodluck

    BalasPadam
  2. salam ziarah..
    hope the resolutions will come true..
    p/s:jalan2 bace blog n folo sekali...
    ;)

    BalasPadam
  3. Semoga tercapai ye :)
    sy pulak azam lepas pown tak tercapai lagi..hm, kena lebihkan usaha la.

    BalasPadam
  4. @zuriey : tq2.. semoga azam anda juga tercapai

    @Fatin Mraz : tq2.. usaha perlu diteruskan

    @sw33tdarling : aminnn

    @fasha : insyallah.. azam tak semestinya tercapai semua.. tapi yang penting usaha kearah mencapai azam tu

    BalasPadam
  5. 1st tq join my contest.

    wow, byk plan tahun ni. kene lumba dgn eyriqazz siapa yg muncul dgn pengikat kasih dulu ni. mungkin kene hneymoon lebih awal, tak yah tunggu tgh tahun.

    part rumah, yg tu yg best sy dgr. mmg best ada rumah sendiri. buat apa menyewa. rumah yg sy sewakan kat org tolak instalment bak dgn maintenance pun boleh dpt extra 100+

    picture akan sy upload kt facebook x lama lagi so boleh la vote.

    BalasPadam
  6. @Matjoe : tq2 mat.. sasaran aku tahun ni memang nak pindah umah baru... tak sabar rasanya.. huhu.. kekadang naik tension banyak sangat urusan.. pening kekadang.. apa pon itu salah satu cabaran tahun 2011

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..