Sesi Santai di Sany Char Koay Teow Titiwangsa, KL

11/15/2010 12:00:00 PTG , , 5 Comments

Salam,

Hai kalau mak mertua aku baca post ni mesti sat lagi dia call syg aku ni.. hehehe.. kalau korang nak tahu blog aku bukan kawan2 je yang follow mak mertua aku pon pengikut setia perkembangan aku dekat KL ni.. maklum jelahkan duduk jauh so kenalah tengok perkembangan menantu sorang ni.. hehehe..

Wahai ibu mertuaku jangan risau ye kami semua sihat disini.. buktinya dibawah ni.. hehehe, dah jadi rutin kami sekeluarga setiap hujung minggu mesti habiskan masa dengan keluarga .. sebab 5 hari bekerja dah luangkan masa dengan kawan2 so hunjung minggu 2 hari jelah dapan luangkan masa 48 jam dengan isteri tercinta

Hujung minggu lepas aku bersantai bersama isteri dan adik ipar di Sany Char Koay Teow.. bukan di Penang ye tapi di KL sahaja. eh ada ke Sany Char Koay Teow dekat KL ni? dah tentu-tentunya ada takkan kedai hantu pulak aku singgah tukan..

Ok lokasi Sany Char Koay Teow ni terlatak di Tasik Titiwangsa dan berdekatan dengan Istana Budaya. Apa lagi hujung minggu atau malam leh g makan dekat sini ye..

Antara menu yang kami order bertiga, Nasi goreng Belacan, Char koay Teow Speacial dan Char Koay Teow biasa. Korang tekalah apa beza speacial dengan biasa ni?

Tengok tu, yaAllah adik ipar aku lapar sehari tak makan kot... hahaha kesian dia baru balik temuduga PTD ni dekat Institut Baitulmal ni.. tu yang lapar tu mungkin tak makan dari pagi sampai petang kot.. tengok tu.. memang dah takda control cun dah..hehehe


Yang ni pulak syg aku nak makan, tapi malu-malu katanya.. awat nak makan pon malu syg.. belasah je.. bukan ada orang marah pon.. kalau habiskan adik punya nasi tu pon takpa.. ni kes sebenarnya adik beradik lapar ni.. hehehe


Haaa.. nilah dia Char Koay Teow Speacial.. dari iklan yang dia tulis tu.. speacial ni dilebihkan udang, kerang, koay teow dan ada satu free gift telur mata dekat atas tu.. mcm sedap je ni.. jom layan makan dulu.. nyami2... sedapnya


Yang ni pulak yang biasa.. tapi dari secara mata kasar speacial dengan biasa ni macam sama je.. kalau aku aku oder yang biasa ni 2 so lagi double speacial.. hehehe.. menu biasa ni syg aku punya.. yang speacial konon2 dekat atas tu ahmad Albab yang punya..hehehe

online counter

Tagged as : Lokasi jalan-jalan cari makan yang best di Kuala Lumpur

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. hmmm.... tu la kan kalau special just telur mata je tue...tapi buka selera gak nak makan....

    BalasPadam
  2. @hazman : memang betul tu.. apa pon memang sedap bro.. mcm nak return lagi je malm ni...

    BalasPadam
  3. Jom la kita g makan lg syg..sedap la...satu lagi adik makan nasi goreng api la syg,bukan nasi goreng belacan...ni mst lapar sgt ni,sampai tersilap,hehe...

    BalasPadam
  4. @malarang_kak : takpe nanti kita g makan lagi sekali ye cyg..

    BalasPadam
  5. Salam,

    Saya berminat untuk membeli kicap Sany char koay teow.

    Amat dihargai jika boleh dapat nombor telefon untuk berbincang berkenaan harga.

    Sila balas ke email saya:- sheiksabiyah8789@yahoo.com

    Terima Kasih.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..