Proton Juara Tempat 1-2 di Asia Pacific Rally Championship (APRC) China

11/21/2010 12:00:00 PG 11 Comments


"Ini adalah Sticky Post entry. Scroll kebawah untuk entri terkini"


Salam,

Satu lagi kebanggan negara kita Malaysia apabila Proton selaku pengeluar kereta tempatan menempah nama di arena dunia sukan permotoran dengan menjuarai Asia Pacific Rally Championship (APRC) di China.

"Jentera juara Satria Neo S2000"

Hanya menggunakan jentera model Proton Satria Neo S2000, Proton berjaya mengetepikan beberapa pesaingnya seperti Mitsubishi dan Subaru di Asia Pasific Rally Champianship (APRC) China.

Dengan kedudukan 1-2 di atas podium, Proton membuat seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan di Asia Pasific Rally Champianship (APRC).

"Pasukan Proton Berdiri megah di podium 1 & 2"

Siapa kata Jenama kereta tempatan iaitu Proton tidak mampu bersaing dengan jenama terkemuka yang lain seperti Honda, Ford, Mitsubishi dan Subaru? ini telah dibuktikan dengan muncul juara di Asia Pasific Rally Champianship (APRC) China.

"Alister dan Bill Penyandang tempat Pertama"

Bak kata orang, berundur tak semestinya mengaku kalah. Ini kerana sebelum ini Pasukan Proton pernah berehat selama 5 tahun bermula dari tahun 2004 -2009 dan kembali semula di arena permotoran sukan rallay di Asia Pasific Rally Champianship (APRC) China dan akhirnya muncul juara di tangga 1-2.

"Chris dan Ben Penyandang tempat Pertama"

Pasukan Proton juga bukan sahaja menjadi juara ditempat 1-2 malah dinobatkan menduduki tempat kedua dalam kategori Manufacturer’s Championship untuk Asia Pacific Rally Championship (APRC).

Antara Kejayaan yang pernah dicapai oleh Proton dalam Sukan Motorsport

- Di sepanjang kewujudan rally antarabangsa, Proton berjaya memenangi gelaran di APRC sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2001, 2002 dan 2004.

- Pada tahun 2002 juga Proton telah memenangi FIA Production Car World Rally Championship.

- Pada tahun 2010 Pasukan Proton muncul juara di tempat 1-2 dan juga memenangi anugerah tempat kedua dalam kategori Manufacturer’s Championship di APRC



Antara kelebihan Proton menyertai Dunia Motorsport

- Dengan penyertaan Proton didalam dunia Motorsport ini menjadikan ia sebagai satu idea dan platform untuk menaikkan jenamanya sendiri dan bersaingan dengan jenama pengeluar yang lain.

- Dengan kemenangan yang diperolehi Proton dapat membuktikan kehandalan, kekuatan dan prestasi sebenar Satria Neo.

- Secara tidak langsung Proton dapat meningkatkan lagi hasil jualan model-model keluarannya didalam negara dan luar negara.

"Mungkinkah Model ini akan bersaing di WRC akan datang"

Sebagai anak Malaysia aku turut bangga dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Proton. Terbaru Proton telah berjaya menghasilkan model terbaru dengan kerjasama syarikat Mitsubishi Jepun yang telah melahirkan model Proton Inspira.

Diharap dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang diperolehi Proton jenama ini akan dapat dikenali dan disegani diseluruh dunia.

P/S : Tahniah buat Proton atas kejayaan di Asia Pacific Rally Championship (APRC) China. Tak Sabar rasanya nak menantikan model baru Proton Inspira beraksi di World Rally Championship (WRC) pada masa akan datang.



online counter

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. mcm tau je pos ne?hoho..
    bangga jd anak malaysia..lg2 aie gune neo..hoho

    BalasPadam
  2. @darkbatman : alamak dpt teka ke post ni.. harap2 ada rezekilah dekat post ni.. hehehe

    @kancilbiru : aku pon bangga juga.. sebab satria neo tapau Mitsubishi dgn Subaru.. Proton tetap terbaik

    BalasPadam
  3. selalu tgk rally kt astro, mmg selalu satria neo masuk, tp kali nie memang mencatat sejarah sebabnya 1st menang juara :)

    bangga jadi anak malaysia :)


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  4. @yanmie : sebab tu kita kena bangga dengan kenderaan keluaran kita.. rupanya.. satria je boleh tapau subaru..hehehe

    BalasPadam
  5. yesss malaysia boleh..tahniah proton

    BalasPadam
  6. Harap inspira bakal mengekalkan kejuaraan malaysia di relly tu nanti

    BalasPadam
  7. tahniah proton..sy bangga jd anak malaysia.

    BalasPadam
  8. Tanhiah kerana semua menyokong proton..

    BalasPadam
  9. Inspira tak mungkin masuk rally coz Mitsubishi EVO dah ada...Kan inspira copy version lancer (platform sama ngan Evo 10)....Mungkin Proton akan hasil Next Generation satria Neo...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..