Pesanan Buat Yang Sedang Hangat Bercinta

11/16/2010 09:41:00 PG , , 4 Comments


Salam pembaca semua,

Pagi tadi tengah aku nak gi mandi terdengar aku ulasan berita dekat tv3 yang menyatakan seorang wanita disiram minyak hitam dan dibelasah teruk oleh teman lelakinya. Wah gilalah sekarang manusia ni.. mcm binatang je dia buat teman wanita dia.

Kalau korang dah tak suka janganlah buat macam binatang.. lepaslah orang tu.. aku ingat pinjam dekat along je nak melepaskan diri susah.. rupanya nak minta pisah cara baik dengan kekasih pon susah juga..

Apa kata korang baca sampai habis apa cerita sebenar dekat bawah ni.


JOHOR BAHRU: Hasrat seorang wanita memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya bertukar mimpi ngeri apabila dia bukan saja dibelasah di sebuah rumah di Kulai, malah turut dimandikan dengan minyak hitam oleh teman lelakinya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Ahad lalu, lelaki terbabit hilang pertimbangan selepas mangsa yang tawar hati dengannya menyatakan hasrat berkenaan.

Berdasarkan laporan polis, mangsa dibelasah menggunakan kayu di belakang badannya selain disepak beberapa kali sehingga tersungkur.

Tanpa menghiraukan rintihan dan rayuan mangsa supaya tidak diperlakukan sedemikian, suspek yang berusia 18 tahun memijak badan gadis berkenaan sambil menarik rambutnya.

Suspek menyimbah minyak hitam ke atas mangsa selain melumur cecair terbabit di mukanya.

Mangsa cuba melarikan diri, tetapi gagal dan akibatnya dia dihumban ke dalam rumah dan ‘dihukum’ lebih teruk lagi oleh suspek.

Dalam laporannya, mangsa mengatakan kejadian itu bukan pertama kali menimpa dirinya, malah suspek kerap bertindak ganas setiap kali mereka bertengkar.

Mangsa mendakwa suspek turut mengugut hendak menikamnya jika membuat laporan polis berkaitan kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis mangsa, kelmarin.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kami mengesan lokasi remaja lelaki terbabit untuk direkodkan kenyataan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber Rujukan : Harian Metro


online counter

Tagged as : Gadis tolak cinta dibelasah, dimandikan minyak hitam
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. Salam.. moga llaki tu dberi hkuman yg swajarnya.. & moga dye dberi taufik & hdayah olh ALLAH SWT... amin ya Robbi...

    BalasPadam
  2. @Cik Ct Fadzil | C.C.F™ : tulah sama2 kita harapkan yang bersalah terima hukuman setimpalnya

    BalasPadam
  3. macam2 skangni kan...

    anyway,congratz bro..bro salah seorang pemenang http://www.eyriqazz.com/2010/11/pemenang-hadiah-kategori-2like-facebook.html

    BalasPadam
  4. lumrah dunia... biler perempuan kene tinggal setakat menangis ajer ... tapi biler lelaki kene tinggal.. ini jadinya...

    Hanya allah yang tahu... kenapa diizinkan berlaku...

    Semoga allah lindungi saya.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..