Kenali 3 Jejaka Blogger di Berita Harian


Salam,

Beberapa hari yang lepas aku ada terbaca dibeberapa blog dan twitter berkaitan 3 jejaka blogger yang bakal muncul di ruangan XY Ikon Lelaki, Berita Harian.

Jadi untuk mengetahui 3 Trio blogger tu, aku pagi-pagi dah bergegas gi 7-eleven untuk membeli senaskah paper Berita Harian.

Muka depan tak baca pon terus gi cari muka surat 18 & 19, apa lagi terus baca sapa dia 3 jejaka online tu. Korang nak kenal? Jom teruskan pembacaan dekat bawah ni



Jejaka pertama yang bernama Mohd Hisham memang kacak orangnya tapi sudah berkahwin pemilik blog www.shamhardy.com merupakan seorang blogger yang menjadikan blognya sebagai tempat untuk membuat review2 gadget terbaru masa kini seperti telefon pintar, laptop, kamera digital sampailah ke aplikasi internet.

Beliau telah berjinak-jinak dalam dunia blogger dari tahun 2006 dan kini bekerja sebagai pengaturcara iklan disalah sebuah syarikat pesaing kepada Nuffnang.. hehehe korang cuba teka syarikat apa ye.



Jejaka kedua yang dikenali sebagai Mohd Ridzuan yang aku kira masih muda lagi. Pada usia 22 tahun beliau telah berjaya meraih pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan melalui blognya www.matkepoh.com dan www.ridzuanrichie.com. Beliau menjadikan blognya tempat bergosip dalam dunia hiburan tempatan dan dari apa yang di maklumkan blognya bukan tempat untuk mencaci @ mencerca artis.

Untuk pengetahuan korang semua Mohd Ridzuan buat masa ini mengendalikan hampir 10 blog yang lain yang semuanya mampu menjana pendapatan lumayan.


Jejaka terakhir yang aku kira paling muda diantara mereka bertiga iaitu jejaka berusia 20 tahun dan merupakan seorang pelajar. Anak kelahiran Kajang, Selangor ini dikenali dengan nama Shafiq yang kini mengendalikan blog www.ezhan-artwork.blogspot.com.

Beliau menggunakan blognya bukan untuk penulisan peribadi atau gaya hidup tetapi menjadikan blog beliau sebagai perihal hasil kerja seni. Kebanyakkannya melalui hasil seni melalui teknik grafik dan photoshop dikongsi didalam blog beliau. Dengan kelebihan yang diperolehinya beliau pernah mendapat tempahan untuk membuat banting, rekaan grafik dan kerja-kerja art work.

Tahniah kepada 3 jejaka muda ini kerana pada usia muda sebegini mampu menjana pendapatan yang sungguh lumayan hanya dengan berblog. Untuk korang yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogger ni dan ingin menjadi seperti mereka apa kata korang dapatkan tips dan panduan kejayaan mereka di blog mereka diatas.

P/S: Bukan senang nak senang, tapi nak susah senang je.


online counter

Tagged as : 3 Jejaka online di berita harian, Tips blogger menjana pendapatan lumayan
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. knl ezhan jer..tp sombong,,adeh...xksh pon.

    BalasPadam
  2. siapa yang dah kenal blog sejak tahun 2006 dan masih aktif sampai sekarang, kebanyakkannya aku tengok dah berjaya generate ribu-ribu ringgit.

    BalasPadam
  3. @suzie rahman : alamak yeke.. no komenlah..hehehe

    @sabree hussin : memang blogger otai ni..semua dah kaya sekarang.. anak bilis mcm blog aku ni.. memang cium asap je..hehehe

    BalasPadam
  4. bilalah saya akan appear kat magazine :P

    BalasPadam
  5. Perghh... kemas la depa sekarang nie, dah kaya siot dengan blog2 depa, tp tak itu hasil usaha depa kita plak jadikan depa contoh yang baik untuk berjaya macam depa jugak.. heheheh.

    kalau depa tak kenai tu kita angap depa dah terlupa mungkin dah lama x jumpa dan dah tak ingat rupa kawan2 lama , jgn kata depa sombong plak.. tak baik tu buruk sangka...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..