Punca Yang Meragut 13 Nyawa di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan

Salam,

Korang masih ingat tak kes kemalangan Bus Delima yang meragut 12 nyawa di KM 223 Lebuh Raya Utara Selatan pada 10-10-10.

Hari ini sumber dari Bernama mengatakan punca kemalangan adalah akibat bas dipandu laju dengan kelajuan 120 kilometer sejam.. wahhhh laju tu.. memang patut pon ramai yang mati kalau dengan kelajuan tu.


Korang baca laporan yang aku petik dari Utusan Online.

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Bas ekpres yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 13 nyawa di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat 10 Oktober lepas, didapati dipandu 120 kilometer sejam (km/j) selepas memasuki lebuh raya itu dari tol Alor Gajah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, itu adalah antara penemuan kajian dan analisis saintifik mengenai kemalangan itu yang dikendalikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).


Beliau berkata, berikutan kemalangan itu satu mesyuarat membabitkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom, polis dan Lembaga Lebuhraya Malaysia diadakan pada 14 Oktober.


Laporan mesyuarat itu dikumpul dan dianalisis oleh satu pasukan berkaitan kemalangan Miros, katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Beliau berkata, berdasarkan laporan analisis kesan tenaga kemalangan, kemungkinan kelajuan bas Delima yang membawa 36 penumpang itu, sebelum berhenti ialah antara 94 dan 109km/j.


"Selain itu, terdapat kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu yang mungkin dipandu dengan kelajuan 160km/j pada masa kejadian,” katanya. –
Bernama


online counter

Tagged as : Kemalangan maut di KM 223 Lebuh Raya Utara Selatan

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. wow betul laju die bawak...al-fatihah untuk mangsa yg terkorban..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..