Menjejakkan Kaki Ke Pejabat Nuffnang

10/06/2010 04:24:00 PTG , 4 Comments

" Selamat Tinggal DiGi MiFi "

Salam petang semua, tepat jam 2.00 ptg aku berjaya menjejakkan kaki ke pejabat utama majikan aku nuffnang. Kalau korang nak tahu ni first time aku sampai dekat opis nuffnang ni selama aku join komuniti nuffnang.

Apa tujuan aku ke sana? haaa.. bagus soalan ko tu.. tujuan aku ke opis nuffnang sebab aku nak pulangkan gadget DiGi MiFi yang dipinjamkan kepada aku selama sebulan.. Tq nuffnang & DiGi sebab percayakan aku untuk membuat review produk Digi ni di blog myvitrd.

"Lokasi Pejabat Nuffnang di Wisma Warisan"

Sampai je dekat bangunan Wisma Warisan (Haritage House) dekat jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur aku terus g tanya security. "dekat mana opis nuffnang?" pak sekurity tu cakap naik lif dan tekan 12B. so aku pon naiklah lif dan berhenti dekat 12B. toleh kiri kanan aku tak tengok pon opis nuffnang.. sekali aku terpandang satu papan tanda yang tulis nuffnang sdn bhd sebelah kiri.

Aku terus menuju ke pintu yang bertulis 12B-5 & 12B-6 dah tu aku terus tekan loceng.. tiba..... muncul jejaka tampan siapa lagi kalau bukan Brother Robb Chew... aku ingat dia tak kenal aku.. rupa-rupa dia masih kenal lagi aku waluapun first time aku jumpa dia masa buka puasa Digi & Nuffnang dekat KLCC. Robb ni memang peramah orangnya.. sebelum aku serahkan gadget DiGi MiFi tu orang kedua yang aku jumpa adalah Jestina... dia pon peramah juga macam Robb.. senang cerita semua staff nuffnang baik & peramah orangnya..

Aku tak lama dekat opis tu adalah dalam 10 minit je sebab aku ada urusan lain nak buat.. lepas aku serahkan gadget tu dekat Jestina aku pon berangkat kaki melangkah pergi..

Tq.. Robb.. tq... Jestina... tq.. Nuffnang & tq DiGi.. ada masa kita bersua lagi di lain hari.. nuffnang terbaik....

sebelum aku tinggalkan opis nuffnang sudah semestinya aku nak simpan bukti yang aku dah pernah sampai ke opis majikan aku kan.. ok korang layan beberapa gambar yang sempat aku curi tadi..hehehehe..

"keadaan sekitar kaki lima wisma warisan @ Haritage House tempat yang menempatkan pejabat majikan aku Nuffnang"

" bersihkan kaki lima kawasan pejabat nuffnang ni.. "

"nilah dia papan tanda arah opis nuffnang.. belok kiri bukan belok kanan"

"ada 2 pintu.. jangan salah masuk tau kalau korang datang nanti"

"dah tulis besar-besar lagi tu.. guna pintu sebelah.. korang kalaumasuk pintu ni memang tak reti bahasa atau tak pandai baca..hehehe"

"masuk guna pintu ni.. semua rahsia operasi nuffnang ada didalam.. sorry sebab aku tak sempat nak capture gambar2 staff nuffnang dekat dalam tu.. tapi apa yang jelas suasana warna dalam tu warna oren.. memang cantik dan staff yang tekun wat keje pon amat ramai sekali.. semoga majikan aku terus maju..."


Tak tahu Nuffnang tu APA?.. klik perkataan NUFFNANG ni...

online counter

Tagged as : Jalan-Jalan di Pejabat Nuffnang di Haritage House

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. pssstt ade nmpak cek nuff adha x kat sana hehe ;D

    BalasPadam
  2. ada banyak cek pending atas meja robb aku tengok.. aku tanya pasal apa cek tu tak release dia kata ni budak click froud punya.. hold dulu...so sapa yg rajin buat click froud tu jaga2..ye..hehehehe

    BalasPadam
  3. gadget tu tak request untuk simpan terus ke

    BalasPadam
  4. tak bro.. sebab dalam perjanjian kena pulangkan ..kalau tak kena bayar RM360.. hehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..