Majlis Kahwin Adik (3-10-10) - Part 2

10/06/2010 09:37:00 PG 2 Comments



"khemah tetamu bertemakan hijau, suasana sunyi lagi sebab masih awal lagi"

Salam semua, cerita yang tertangguh semalam aku sambung semula pagi ni. kali ini aku lampirkan lagi gambar yang aku sempat ambil walaupun aku masa tu tengah sebuk menyambut tetamu yang datang.

Sebelum ni aku tak pernah buat kerja-kerja sambut tetamu ni, tapi atas sokongan dan dorongan yang tersayang menemani aku menyambut tetamu, so pagi tu aku sedondon berpakaian biru walaupun tema majlis hijau.

Sesuatu yang menarik dalam majlis kawin adik aku ni setiap kali tetamu yang datang tu mesti kata "tahniah, selamat pengantin baru", aduhhh dia orang semua silap orang ni.. bukan aku yang kawin.. adik perempuan aku yang kawin.. ni semua gara-gara pakaian aku yang lagi cantik dari pengantinlah ni .. hahahaha .. puji diri sendiri je .. hahaha.

Jenuh juga aku kata dekat tetamu yang datang, "saya ni abg pengantin, bukan pengantin".. hehehe ..

ok apa kata korang layan beberapa koleksi gambar sekitar majlis perkahwinan adik aku dekat Johor ari ahad lepas.


"nilah dia banner wajah pengantinnya... tapi yang jadi mangsa aku pulak di ingatkan pengantin .. hahaha"

"ruang makan untuk tetamu yang hadir, serba kehijauan.. suasana kosong lagi sebab tetamu tak mai lagi"
" ruang makan beradab untuk pengantin dan rombongan pengantin... "

"gerai teh tarik corner jadi tumpuan, hasil usaha dan idea adik ipar aku dengan kawan dia.. teh tarik 1 bang!!"

"wahhh..udang ni untuk santapan raja sehari.. sempat juga aku rasa seeokor udang yang nak terbang tu.. hahaha"

"nilah mamat yang ditugaskan menyambut tetamu.. muka macam tension je bang.. hahaha.. mana taknya orang asik kata selamat pengantin baru.. opsss.. bukan aku pengantinnya"

" antara tetamu @ rakan opis lama aku yang hadir.. yang lain tak datang sebab d majlis kawin tempat lain.. hari yang sama member opis aku kawin juga.. tu yang semua tak dapat datang umah aku.. sambil dia makan wife aku jaga anak member aku ni.. comel betul budak ni.. gerammm"

"rombongan pengantin dah tiba.. tapi tak boleh masuk sebab kena tol, teruk wooo kena ulur dulu baru leh masuk.. ni tol pertama ada 3 tol lagi tunggu dekat depan tu bang oiii.."

"ni syg aku sempat juga terselit dicelah2 kesebokan rombongan pengantin.. tengok apa tu syg, tengok orang tengah bersilat ke?"

"aku dah kata ko tak percaya.. ni tol ke 2 sebelum masuk umah.. kena lagi.. kali ni geng makcik2 pulak.. serik dah orang ni nak kawin lain nanti.. hahahaha"

"pengapit pon dan macam pengantin juga ni.. serba hijau.."

"yang nilah aku kata tadi pakaian sedondon... biru terkois, pecah rahsia dulu ni baju raya aku tahun ni.. kira baru nak beraya dekat johor ni.. huhuhu"

"ni semua tulang bekang yang menjayakan majlis kahwin ni @ lebih dikenali sebagai geng rewang bukan geng banting ye.. kalau semua saudara aku takda ni, sapa nak masak.. tq pakcik-pakcikku dan semua sepupu-sepupuku.. jasamu tuhan sahaja yang akan membalasnya"

" yang duduk dekat kerusi tu my mother tersayang.. mak aku ni lumpuh.. tak boleh jalan so kita orang kasi mak duduk dekat kerusi je depan pintu tunggu tetamu.. kesian mak aku sakit-sakit pon terpaksa juga menggembirakan diri.. jangan risau mak kami semua ada jaga mak.. love u my mother "

" sayang aku ni duduk dekat sebelah moyang aku.. kalau korang nak tahu moyang aku ni masih sihat lagi.. sopan je sygku ni.. syg dia.. muuaah "

"pengantin ready untuk santapan raja sehari, makan pelan-pelan udang tu tak terbang ke mana.. hahaha"
"suasana ketika tetamu sedang menjamu selera, masa ni tetamu dah mula kurang sikit.. so kerja aku pon dah kurang sikit"

oklah akhir kata aku ucapkan selamat pengantin baru kepada adik aku Hafizah & Zairullail.. semoga ikatan yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga.. kepada Zairullail jaga adik baik-baik macam mana kita orang semua satu family jaga dia.. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan perkahwinan ini diberkati Allah.. Amin..

online counter

Tagged as : Majlis Perkahwinan adikku di Johor

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. mmmg Macam pengantin...huhu

    BalasPadam
  2. tq...suasana rasa macam pengantin baru tu memang ada lagi..hehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..