Majlis Kahwin Adik (2-10-10) - Part 1

10/05/2010 10:05:00 PG 7 Comments

Salam semua, minggu lepas aku bercuti 2 hari balik ke Johor sebab adik perempuan aku kahwin so nak taknak kenalah aku berkerja keras dekat kg.

Masa majlis aku tahun lepas, semua adik aku bekerja keras so kali ni giliran akulah pulak pulak. kalau korang nak tahu ada lagi 7 majlis kawin akan dibuat dekat umah aku ni sebab yang dah kawin baru 4 orang.. korang kira jelah sendiri berapa ramai adik beradik aku..hahaha

Pada hari sabtu 2/10/10 adalah majlis akad nikah diadakan dekat umah aku.. majlis ni dihadiri oleh keluarga terdekat sebelah aku dan pihak lelaki sahaja.

Majlis nikah diadakan pada jam 11.30 pagi dan semua majlis selesai lebih kurang jam 1.00 ptg.

Untuk makluman korang juga hari yang sama ni juga majlis rewang dekat umah aku tengah dibuat. kita orang masih mengamalkan amalan gotong royong so katering kita tak ambil semua saudara mara masak sendiri..

Bagi wife aku mungkin ni pengalaman pertama dia bersama keluarga aku mengadakan majlis sebesar ni.. sebab sebelum ni majlis kawin aku di penang semua di uruskan oleh pihak katering so rasa penat tu kurang dirasailah .. tapi bila buat majlis dalam bentuk rewang ni dan semestinya banyak benda kena buat.. letih lah satu badan..

so far semua majlis nikah berjalan dengan lanjar dan sempurna.. terima kasih kepada semua ahli keluarga saudara mara dan yang tersyg sebab membantu menjayakan majlis nikah ni.

oklah dekat bawah ni ada beberapa keping gmbar yang sempat aku ambil .. tapi bukan guna DSLR cuma guna Digital Cam je.. hehehe.. layan...


ketibaan rombongan pihak lelaki untuk majlis akad nikah

Tok Imam minta pengesahan dengan bakal pengantin perempuan

antara barang hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki

ni muka serius je pasal apa ni.. hehehe

semua orang ingat bapa aku nikah.. opss silap ni.. ni tok minta izin jadi wali hakim..

pengantin lelaki dah mula berpeluh.. tok imam tak datang-datang lagi

antara barang hantaran yang dibawa oleh rombongan lelaki

acara nikah sedang dimulakan... ni penentu segalanya samada layak jadi suami atau tidak

barang-barang hantaran dari pihak lelaki

rombongan dari pihak lelaki yang membawa pengiring perempuan.. opss macam aku nampak syg aku je sembunyi dekat belakang tu.. hehehe

Sesi membaca taklik oleh pengantin lelaki

pengantin perempuan khuyuk betul dengar.. dengar betul-betul...

Penyerahan maskahwin oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan

bila dah cium tangan kena taat pada perintah suami.. dengar tu

wah teringat aku masa aku nikah dulu.. ni lah time buat pertama kalinya aku cium dahi syg aku masa tu.. hehehe.. apa yang korang rasa bila cium dahi first time ni ye.. hehehe

Sesi bersalaman oleh pengantin perempuan

adik ku yang tersyg.. dah jadi isteri orang jaga diri baik-baik.. jgn melawan cakap suami..

pengantin baru dan pengantin tak juga lama.. hehehe

pengantin lama, pengantin baru & bakal pengantin juga..

my mother & pengantin .. anak emak ni

tradisi turun temurun .. majlis rewang satu kampung

ni masa pagi sebelum majlis nikah.. sygku sempat bergambar dengan mak...

ni sygku happy je.. teringat masa kita kawin ke syg?

Pasangan serasi bersama berkonsepkan jawa..


online counter
Tagged as : Majlis Nikah adikku di Johor

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. mmg tak boleh lawan adik beradik ramai..hehe

    BalasPadam
  2. ni merupakan adik yang ke 4 kawin ada 7 lagi menunggu..hahaha..

    BalasPadam
  3. waaahhh..cantiknye fiza masa kawen..rugi xdpat datang...nak wat cm ne, cuti tak lepas plak...takpe, semoga pengantin kekal bahagia sampai ke syurga..amiiin

    BalasPadam
  4. waaahhh..cantiknye fiza masa kawen..rugi xdpat datang...nak wat cm ne, cuti tak lepas plak...takpe, semoga pengantin kekal bahagia sampai ke syurga..amiiin

    BalasPadam
  5. thnk anonymous.. amin., doakan kbhgian kami... n x lpa jgk doakan kbhgaian buat pmilik blog ni (abg ku n kak farah)... anonymous ni sapa yek?

    BalasPadam
  6. anonymous tu aku pon tak tahu.. mungkin budak opis kau kot.. engaku dah naik keje ke ni

    BalasPadam
  7. tahniah² mid dpt adik ipar baru...
    sori x dapat datang...
    tapi bab tema jawa tu apsal macam lain pulak...bukan bugis ke...hehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..