Kenapa korang suka merungut

10/05/2010 03:30:00 PTG , 6 Comments


Salam petang semua, tadi tengah aku buat blogwalking aku terjumpa blog diana-senyumsenyum yang mana dia ada tulis satu entri bertajuk "tak nak dah".

Aku ulas sikit apa yang dia cerita dalam blog dia tu berkenaan orang zaman sekarang ni dah tak nak ada anak ramai. kekadang baru ada 2 orang dah kata "tak nak dah". duit tak cukup, banyak anak kena banyak belanja dan macam2 lagi.

Pada pandangan aku kenapa perlu takut.. sebab anak adalah anugerah tuhan dan ramai orang yang inginkan anak masih tak dapat sampai sekarang.

Cuba korang banding dengan orang zaman dulu.. anak ramai dan bapa cuma kerja kg. bukan engineer atau Dr. so apa masalahnya korang merungut pasal tak nak anak ramai.

Setiap anak yang lahir ada rezekinya sendiri yang tuhan dah tentukan.

Aku ambil contoh diri aku sendiri, aku adalah anak sulung dari 11 beradik dan aku ada 5 adik lelaki dan 5 adik perempuan.. bayangkan kalau balik kg beraya meriah tak rumah aku.. hahaha.. macam nak runtuh rumah dibuatnya..

Alhamdulillah kami semua membesar dengan sempurna dan sihat semuanya.. kami juga mendapat pendidikan sempurna.. aku ni bukan datang dari keluarga senang dan keluarga aku takda sebidang tanah pon .. dulu ayah kerja ambil upah kopek buah kelapa je.. dan kekadang buat kerja sampingan tanam pokok pisang.

11 orang anak dibesarkan tanpa sebarang masalah.. kenapa boleh je.. sebab orang dulu-dulu takda yang ambil rasuah..dan semua punca rezeki datang dari sumber yang halal..

Sekarang anak baru 2 orang suami isteri kerja gaji lebih dari 5K sebulan tapi masih merugut itu tak cukup.. ini tak cukup.. kenapa? sebab punca rezeki tu mungkin datang dari sumber tak berkat.. so fikir-fikirlah ye.. aku bukan ustaz nak bersyarah.. tapi sekadar berkongsi pengalaman hidup didunia ni.. yang tak setuju komen je dekat bawah

online counter

Tagged as : Kenapa Manusia Tak Pernah Bersyukur

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. org yg merungut sume kjer tak jadi. . .
    org yg mengeluh tander tak bersyukur

    BalasPadam
  2. takut tak terjaga kot anak-anak tu nanti. Orang dulu dengan sekarang kan kononnya tak sama. Orang dulu anak ramai pun rileks je

    BalasPadam
  3. aah laa..btl jugak.bila difikirkan semula, org dulu2, anak berderet2 ramainya.elok je hidup mbesar smpai masing2 berjaya. padahal ayah keje gaji x seberapa. mak jadi suri rumah.. mmg hebat org dulu2!

    zaman skrg..haihhh..seboleh2 nak anak sikit..atau mungkin x nak anak langsung..


    Pengaruh Wrestling Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur Versi 1.5SG

    BalasPadam
  4. tulah pasalnya... betul tak kalau aku katakan sekarang org lebih pentingkan keinginan dari keperluan.. tu yang tak cukup2 tu..

    BalasPadam
  5. hi!This was a really marvelous blog!
    I come from roma, I was fortunate to find your theme in digg
    Also I get much in your topic really thank your very much i will come every day

    BalasPadam
  6. Cabaran utk mbesarkn anak pd zaman skg ni x sama cam dulu2..skg ni zmn metrofulus..sume kena ada duit...nk masuk tndas awam pun kena byr.dulu mak x kerja,jd surirumah je..bole la nk jaga wnak ramai2...skg kbykn ibubapa kerjs..ank2 sumer anta taska/tadika..sorg dah 300..sapa yg gaji lebih bole la hire org gaji.mmg betul ank yu anugerah dr Allah..tapi kalo ank ramai smpai kene bhutang,x pyhlaa..kualiti yg penting.bukn kuantiti.wallah hu alam.......

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..