Jalan-Jalan Dengan Yang Tersayang

10/24/2010 03:35:00 PTG , , 1 Comments

Salam,

Sepatutnya entri ni aku buat malam semalam, tapi disebabkan aku dah penat dari keluar jalan-jalan dengan yang tersayang di Mid Valley.. balik je terus tidur.

Semalam sebelah paginya aku kena kerja bertemankan isteri tercinta. Habis je waktu keje jam 4.00 petang yang tersayang aku teringin makan laksa.. so apa lagi aku kata jom kita g makan laksa dekat Mid Valley dalam Jusco ditingkat atas sekali.. kalau korang nak tahu setiap kali ke Mid Valley ni tempat wajib adalah g makan laksa dulu.. sebab tu adalah favorite wife aku.

Oklah korang tengoklah beberapa gambar yang sempat aku shoot masa dekat Mid Valley ni.


nilah dia nasi lemak rendang ayam.. ni aku punya menu.. ayam tu wajib nak dada dia.. kalau aku gi sana dada ayam takda.. aku tak makan nasi lemak tu.. heheehe


nilah dia favorite wife aku.. laksa penang mai... perggggg sedap ni..


tengok tu syg aku.. sikit toleh pon tak.. sebab dah syok makan laksalah tu.. hehehe


Habis lepas makan dekat dalam Jusco tu.. aku g belikan wife aku Big Apple.. wah ni pon favorite kami berdua juga.. cuba teka ada berapa dalam tu?


haaa... nilah dia big apple yang kami beli.. kalau orang kampung dia panggil Donut.. tapi mat salleh panggil big apple..hahaha.. apa-apa nama pon janji makan pon sodap.


yang tengah-tengah tu isi dia krim perasa durian.. menjadi kesukaan wife aku.. tengok bentuk pon ada duri-duri.. heheehe


yang ni pulak aku punya.. nama aku tak tahu... aku belasah je makan..hahaah


korang nampak tak banner tepi tangga tu... tulah dia banner MAPEX 2010 (Malaysia Property Expo).. sebenarnya kami tak merancang pon nak g pameran perumahan tu.. kebetulan dah ada dekat area Mid Valley tu g jenguk-jenguk jugalah apa yang menarik dekat pameran tu. pameran ni bermula dari 22 - 24 Oktober 2010.


nilah dia duta MAPEX 2010... heheehe.. jangan marah sayangku


lokasi pameran di MVEC (Mid Valley Exhibition Center)


mamat yang dekat tengah-tengah pintu gerbang tu pon nak tumpang glamour juga kot..hahaha


nilah dia lokasi pameran di MVEC iaitu di Hall 3.. ramai pengunjung nak dapat info pasal harga rumah, lokasi perumahan baru dan maklumat berkaitan pinjaman perumahan


suasana di kawasan pameran perumahan.. nak dikatakan lebih dari 50 pemaju perumahan terlibat dalam mempromosikan pelbagai jenis rumah.. cuma aku je yang tak mampu nak beli rumah yang ditawarkan tu sebab semua rata-rata harga 250k keatas..


Pihak KWSP juga tidak ketinggalan melibatkan diri pada pameran perumahan ini bagi memberi maklumat & panduan pengeluaran wang simpanan KWSP untuk membeli rumah


online counter


Tagged as : Menghabiskan masa dengan yang tersayang di Mid Valley

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. wah bestnye gi jenjalan..akak hari nie sibuk ngemas rumah sbb bsk pg nk blk kedah...

    sedapnyee big apple tu..nak skit..ehehe :P


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..