Jalan-Jalan Cari Makan di Doli - Kuey Teow Goreng

Salam,

Entri aku ni sepatutnya aku buat petang tadi.. tapi penat punya pasal malam ni baru larat nak kongsi dengan kawan-kawan semua.

Korang penah dengar tak kedai Doli Kuey Teow Goreng? bagi orang Taiping Perak tentu dan familiar dengan nama kedai makan ni. tapi bagi aku orang johor ni sudah tentu-tentu tak pernah dengar.


Tengah hari tadi lepas aku habis meeting dengan nuffnang dekat Taylors Universiti Sunway wife aku ajak g makan tengahari dekat Doli Taman Tun Dr Ismail, KL.

Memang rezeki kami nak makan dekat situ kot.. sebab sampai2 je memang tengah ada 1 parking kosong betul2 depan kedai tu.. apa lagi terus parking dekat situ. kata wife aku biasanya orang beratur kalau hari biasa.. tapi masa aku sampai tadi ramai juga orang tengah makan dekat Doli ni.

Sampai je terus duduk n order kuey teow goreng biasa dengan kuey teow goreng special, minum sirap limau ais dan limau ais.. aku nak tahu juga apa yang special tu.. sekali sampai korang tengok gambar dekat bawah ni.. nilah dia kuew teow goreng special. Yang menarik satu benda, air aku sirap limau ais yang aku order dia orang antar milo ais.. aku jenis tak suka complain..so aku belasah je air apa yang sampai..hehehe

berpuluh-puluh ekor udang dangan kerang ditabur atas kuey teow goreng tu.. emmm sedapnya


tengok ni bukan main selera syg aku makan.. lapar ye sayang.. makan-makan ye syg.


kalau korang nak tahu aku betul2 puas hati makan dekat Doli ni.. makan dia memang terbaik dan sedap.. order tak sampai 10 minit dah sampai. kalau korang nak tahu time aku buat entri ni bila aku ingat makanan tu macam nak lari gi doli lagi ni..hehehe.

dah habis makan apa lagi glah bayor ..hehehe.. tengok bil aku makan dekat Doli.. makanan dengan harga berbaloilah.. terbaik...makan 2 orang RM18.50


kedai ni bukan cikai-cikai tau..siapa ada website lagi.. nak info lanjut masuk dalam website Doli tu

kalau ada yang teringin nak g rasa Doli kuey teow goreng ni.. boleh g dekat alamat dekat atas.. samada nak g dekat Taiping Perak @ Taman Tun Dr Ismail, KL semua boleh..


online counter

Tagged as : Menjamu selera di Doli Kuey Teow Goreng

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. pg jagan x pg,lps tu bungkus kasi aku satu,hehe...

    BalasPadam
  2. hehe...dah try doli chat kuey teow kat taiping..mmg best..tapi masa kat taiping tu punye la ramai org..dekat setengah jam gak la baru dapat...hehe...

    BalasPadam
  3. memang mewah bro Che Armster ..mai datang TTDI pekena Doli ni..hehehe.. lepas ni aku nak g test dekat Taiping pulak..katanya masak guna arang

    BalasPadam
  4. hmmmm.... nampak sedap je tue... meriah dengan udangnya.... dan kalau tak silap kedai doli nie ada masuk JJCM...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..