[Digi Gadget] Wireless Mobile Router (MiFi) Review Part-4



Salam Pagi semua, tentu anda masih ingat beberapa review aku sebelum ni berkenaa DiGi MiFi ni yang mana anda boleh baca pada Review 1, Review 2 & Review 3.

Kali ini review ke 4 akan menerangkan bagaimana untuk menguruskan DiGi MiFi sama ada melalui software atau interface yang telah dibina didalam MiFi itu sendiri.

Bagi review kali ini aku akan menerangkan kaedah mengurus DiGi MiFi melalui interface yang telah dibina didalam Device MiFi itu sendiri.

Langkah-Langkah adalah seperti dibawah ini :-

1) Buka mana-mana browser yang selalu anda gunakan samada IE, Firefox atau Crome.

2) Masukkan default IP Address : 192.168.1.1 pada ruangan address di browser anda.

3) Interface dibawah akan dipaparkan jika anda memasukkan IP address yang betul.


4) Masukkan password "admin" dan klik login


5) Status DiGi MiFi akan dipaparkan seperti diatas samada connected @ disconnected , jika status disconnected anda hanya perlu tekan butang connect untuk membuat connection ke internet.


6) Jika internet telah disambungkan pergi ke tab "Basic Status" seperti gambar diatas untuk menyemak status sambungan internet, status wireless dan maklumat device DiGi MiFi


7) jika anda ingin mengubah jenis sambungan ke internet tab "Quick Setup" seperti gambar diatas boleh digunakan.

8) Tab seterusnya yang perlu anda tahu adalah "Advanced Settings" yang mana didalam tab tersebut anda boleh mengubah katalaluan anda, mengubah setting Wireless dan juga mengubah setting DHCP anda (rujuk gambar diatas)

9) Jika anda ingin mengubah setting default DHCP anda, anda boleh boleh mengubah dengan klik pada icon "DHCP Setting" pada tabs "Advanced settings" (rujuk gambar diatas)

10) Tabs terakhir yang perlu anda tahu adalah tab "Security" apa yang ada dalam tab security ni adalah seperti setting firewall, DMZ settings dn lain-lain lagi


11) sekiranya anda ingin mengubah setup wireless anda perlu ke tab "Advanced settings" dan klik pada ikon "WLAN Settings" (rujuk gambar diatas)

12) anda perlu pastikan icon WLAN Enable adalah aktif untuk semak Statusnya enable klik pada icon "WLAN Enable" (rujuk gambar dibawah)

13) pada icon WLAN Basic Setting anda boleh mengubah setting configurasi wireless anda

14) dan sekiranya anda ingin meletakkan security key setiap kali Wireless hendak diaccess anda perlu klik pada icon WLAN Advanced Setting (rujuk gambar dibawah)

15) Sekiranya anda ingin menghadkan penggunaan wireless kepada pengguna tertentu sahaja anda boleh mengaktifkan fungsi MAC filter pada icon WLAN MAC Filter dengan memasukkan MAC address device tertentu sahaja seperti, netbook, laptop, ipod dan iPhone


Diharapkan dengan sedikit penerangan bagaimana untuk menguruskan DiGi MiFi anda menggunakan interface di dalam decive DiGi MiFi ianya dapat membantu anda setiap masa sekiranya berhadapan dengan masalah pada pada masa akan datang.

Bertemu lagi kita pada review DiGi MiFi pada masa akan datang.. Selamat melayari internet menggunakan DiGi MiFi dimana sahaja.

online counter

Tagged as : Digi Internet Broadband - Mobile Wi-Fi ( MiFi ) , Panduan Menguruskan Wireless Mobile Router (MiFi)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..