Benarkan Keluargaku Di Sihir?

10/19/2010 03:40:00 PTG , 5 Comments


Salam,

Mungkin korang pelikkan sat bila pulak aku nak jadi bomoh ni.. nanti dulu jangan buat tuduhan palsu ye.. aku bukan nak jadi bomoh tapi aku nak ceritakan pasal orang kena sihir ni.

Semua orang tahu ilmu sihir ni biasanya digunakan untuk membalas dendam kepada seseorang yang dia rasa kurang senang atau tidak puas hati.

Tadi aku dapat message dari adik aku yang baru je balik dari kg minggu lepas. aku tanyalah dia emak dengan ayah apa khabar tapi apa yang dia jawab dalam msg tu.. "Family kte kena hentam sihir org. celaka tu!" itu jawapan msg dari adik aku.. huuuuuuu.. berderu darah aku dengar naik kepala..

Betul atau tidak tu aku belum dapat pastikan lagi.. tapi yang jelasnya aku taknak menuduh sapa2 yang aku sendiri pon takda bukti.. sebab hukum menuduh tanpa bukti berdosa sebenarnya. andai kata benar family aku disihir aku serahkan pada tuhan untuk membalas perbuatan orang tu.

Apa dah jadi dengan family aku sebenarnya? untuk pengetahuan korang mak aku dah lebih 6 tahun tak boleh berjalan tanpa sebarang penyakit asalnya.. lama-lama semakin teruk dan sekarang nak dikatakan mak aku dah lumpuh separuh badan.. kalau nak bagun pon kena dipapah dan disandarkan pada dinding.. kalau tak memang asik baring je..

Aku dah usahakan dari cara moden sampai ke tradisional sebenarnya.. tapi sama je.. doktor kata takda apa masalah.. mungkin sebab urat saraf je.. dan pernah sekali aku bawa mak aku g HKL berjumpa pakar.. dia kata kalau buat pembedahanan pon takda jaminan 50-50.. so kami batalkan je niat tu..

Sekarang ni mak aku bergantung harap pada ubat hospital je.. kekadang sedih aku bila aku balik kg. aku tengok mak aku terlantar baring je.. nasib baiklah masih boleh bersembang. tapi yang peliknya baru-baru ni aku balik.. kaki mak aku naik besar kedua-dua belah.. aku pon naik heran pasal apakan.. kita orang bagi ubat hospital je..

Aku sebenarnya tak suka pergi jumpa bomoh ni sebab semua bomoh kata mak aku kena buatan orang.. bila jawapan bomoh tu macam tu.. kekadang aku terfikir juga.. sapa yang sakit hati dengan keluarga aku sebenarnya.. sebab family aku dekat kg. takda bermusuh dengan sapa-sapa. lagi pon family aku orang susah bukan kaya.. yang nak dengki ni pasal apa.. kekadang bila asik fikir rasa marah dan dendam tu ada juga dalam hati.. tapi bila fikirkan kita ni ada agama aku bersabar dan berdoa je moga-moga mak aku cepat sembuh..

Andai kata benar family aku di Sihir dan orang yang sihir mak aku ada terbaca blog ini aku harap hentikanlah perbuatan tu.. dan aku sentiasa berdoa biar tuhan sahaja yang balas perbuatan korang tu..

Kepada rakan-rakan sekalian doakanlah kesihatan mak aku dan hindarkanlah keluarga kami semua dari segala bentuk sihir & ilmu hitam ni.. Amin...

online counter

Tagged as : Tanda-tanda terkena sihir & ilmu hitam

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. semoga mak kamu cepat smbuh dan keluarga kamu
    sentiasa dilindungi Allah..

    BalasPadam
  2. manusia ni macam2...bak kata ayah saya, rambut sama hitam, tapi hati lain2...tak pe, banyak2 sabar, kita serahkan pada Allah...kat dunia mungkin oarng yang dengki tu menang, tapi kat Akhirat tak kan lepas punya...banyak2 kan berdoa kepada Allah...

    BalasPadam
  3. jgn berjumpe bomoh tp berjumpa lah dgn pakar perubatan tradisonal islam ~ sy suggestkan perubatan Tuan Guru Dr. Haron Din

    skdr cdgn

    BalasPadam
  4. terima kasih semua yang memberi nasihat dan cadangan..insyaallah cadangan sdr. Mie Mael akan saya cuba pertimbangkan..terima kasih semua

    BalasPadam
  5. aku setuju dengan Mie Mael...cube buat rawatan darul syifa mid...aku dah pernah cube rawatan ni masa wife aku pregnant...aku buat kat darul syifa simpang renggam depan masjid kg shaari...kalo nak tau lanjut satu malaysia ade...ko blh carik kat http://www.darussyifa.org/

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..