Bajet 2011 : Jumaat, 15 Oktober 2010


Salam malam semua, tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan dibentangkan sekali lagi dengan bajet 2011. Bajet 2011 kali ini akan dibentangkan pada Jumaat, 15 Oktober 2010.

So bagi kakitangan kerajaan sudah pastinya ternanti-nantikan berita gembira dari kerajaan bukan.. apa lagi kalau bukan pengumuman BONUS kakitangan kerajaan. sebenarnya masih dalam teka-teki lagi adakah bonus tersebut ada atau sebaliknya. apa pon hanya akan diketahui pada Jumaat ini.

Bagi aku kakitangan swasta tiada apa yang aku rasa yang terkena tempias pasal bajet ni.. sebab selalu setiap kali bajet cuma kakitangan kerajaan je yang banyak dapat faedahnya dibandingkan kakitangan swasta macam aku ni... tapi kali ini aku harapkan bajet 2011 ni ada memberi sedikit faedah kepada kakitangan swasta juga, sebab kakitangan swasta juga sama-sama membantu membangunkan negara.. betul tak apa aku kata.

so bagi korang apa yang korang harapkan untuk pembentangan bajet 2011 ni?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. tq bro..kita tunggu sama2 jumaat ini apa PM kata.. untung ke @ rugi rakyat

    BalasPadam
  2. Bajet 2011 mungkin jumlahnya masih sekitar RM200 billion.Mungkin besar sikit dari jumlah bajet 2010 iaitu RM191.5 billion.Jangkaan ini berdasarkan keadaan ekonomi Malaysia yang stabil dan jangkaan pendapatan kerajaan perseketuan yang lebih baik dibandingkan dari tahun 2010.

    Komuniti perniagaan dijangka mendapat manfaat lebih dari pelbagai intensif sebagai salah satu rangsangan daripada pihak kerajaan dalam usaha menggalakkan DDI serta FDI yang kian menurun sejak kebelakangan ini.

    Talent corp. mungkin akan terus diperkasakan dalam usaha utk menarik kembali hampir 800 ribu professional warga malaysia yg bekerja di luar negara agar pulang utk berkhidmat di negara sendiri.

    Insentif yang agak besar kpd 12 sektor ekonomi yang dikenalpasti dalam NKEA dijangka diumumkan.

    Sektor pendidikan dijangka mendapatan manfaat lebih besar tahun ini , di mana jangkaan kerajaan akan memperkasakan sekolah teknik serta vokasional kearah menyediakan ramai modal manusia yang kreatif dan innovatif apabila tiba tahun 2020 nanti.

    Kakitangan awam telah diberi bonus RM500 menjelang aidilfitri lalu,Masih adakan bonus ??Mungkin tiada bonus kot..

    Macam biasa cukai rokok dan arak akan dinaikkan.

    BalasPadam
  3. azhar: terima kasih atas sedikit ulasan bajet 2011.. dah macam PM bagi pembentangan tu.. apa pon kita harapkan semua rakyat mendapat manafaat yang sama rata..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..