12 maut 40 cedera Kemalangan di Km 223 LEBUHRAYA PLUS Dekat TOL SIMPANG AMPAT

Salam semua, gempar satu malaysia ditengah-tengah kegembiraan sahabat kita bergembira sempena tarik 10.10.10 ni tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut semalam petang jam 6.40 petang yang berlaku di Km 223, Lebuhraya Plus, berhampiran Tol Simpang Ampat Negeri Sembilan.

Kemalangan maut teresebut melibatkan 2 buah bas ekspress, sebuah van dan tiga buah kereta telah meragut 12 nyawa dan lebih dari 40 orang cedera.

"Myvi di hempap Bus"


Info terkini dari sumber BERNAMA.com


REMBAU, 10 Okt (Bernama) -- Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

-- BERNAMA


"Rakaman video dari salah seorang pengguna lebuhraya yang melalui lokasi kejadian petang tadi"


"Gambar dari Facebook yang diambil oleh seorang penunggang motosikal"



"apa yang dimaklumkan pemandu myvi mati ditempat kejadian akibat tersepit"


Terkini : Senarai nama mangsa yang maut rujuk blog teratakarmo

online counter

Tagged as : 12 maut Kemalangan di lebuhraya utara selatan, myvi dihempap bus express, Seramai 12 nama mangsa maut kemalangan

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..