Rumah Terbuka lagi

9/26/2010 08:22:00 PTG , 0 Comments

Salam malam semua rakan-rakan ku. Entri aku malam ni nak cerita pasal pengalaman aku gi majlis rumah terbuka kawan kepada sayang aku.

Raya tahun ni memang seronok sangat aku rasa sebab tahun-tahun sebelum ni jarang aku gi umah terbuka sebab aku kalau nak gi sorang-sorang ni malas sikit, tapi tahun ni dah berdua mana-mana pegi mesti berteman je.. best wooo.. hehehehe..

Semalam syg aku dapat jemputan masjlis rumah terbuka kawan kolej masa dia belajar dulu yang mana kebetulan orang tu pon sekampung dengan syg aku ni. Macam biasa aku kalau nak gi mana-mana tempat yang aku tak pernah sampai aku akan gunakan pakcik google untuk mencari maklumat lokasi. Cari punya cari aku jumpalah tempat tu dekat area Bangi.

So aku tulislah semua info yang ada dalam pakcik google dalam nota aku.. aku pon pergilah ke majlis rumah terbuka tu dengan adik ipar aku sekali, nak jadikan cerita sampai je dekat lokasi yang pakcik google tunjuk tu.. no. jalan yang aku tulis dalam nota tadi tak sama dengan no. jalan yang ada dekat kawasan taman tu.. yang ada dekat papan tanda tu tulis Jalan Impian Putra 4/1 .. tapi yang aku tulis dalam nota tu Jalan Impian Putra 1/4 so mana satu yang betul aku cakap dengan sayang aku.. aku pon dah mcam blur-blur sebab takut singgah salah rumah pulak.. maklum jelah dekat taman tu ramai pulak buat rumah terbuka.

Aku sebenarnya dah puas pusing-pusing tapi no. jalan tu tak jumpa2-jumpa, last aku minta syg aku call je kawan dia tu yang mana satu rumah dia, bila kawan dia cakap no. jalan 4/1 tulah rumah dia.. alamak rupanya aku yang tersilap tulis dalam nota rupanya.. mau majlis rumah terbuka dah habis aku tak jumpa lagi no. jalan tu sebab memang tak wujud pon.

Sampai je dekat umah tu aku terus belasah makan kegemaran aku "roti jala + kuah kari ayam" pergggg memang dah lama aku tak makan roti jalan ni.. so aku bedal betul-betul.. hahaha. Habis belasah roti jala aku belasah pulak nasi beriani yang juga makanan kegemaran aku.. perggg memang terbaiklah aku kira.. lagi pon memang lapar pon .. hehehe. syg aku dengan adik dia macam biasalah kalau g beraya laksa penang mesti tak nak tinggal.. so laksa penanglah yang dia orang berdua belasah dulu.

sempat baca paper metro lepas makan

ni posing wajib setiap kali keluar makan bersama..heheheh

Majlis rumah terbuka tu memang meriah sebab lebih kurang macam buat kenduri kawinlah sebab jemputan dia pon tak habis-habis datang. adalah dalam 1 jam aku dekat situ aku pon angkat kakilah balik rumah setelah perut semua dah kenyang..

Apa pon aku ucapkan ribuan terima kasih buat En. Amar Aswad sekeluarga kerana menjemput kami sekeluarga datang kemajlis rumah terbuka beliau.. tahun depan jemput lagi.. hehehe


Syg aku sempat bergambar dengan isteri kepada en. Amar Aswad, Norhani yang juga rakan syg aku semasa dekat Kolej dulu.. kira jejak kasihlah ni.. hehehe

online counter

Tagged as : Jemputan Majlis Terbuka Hari Raya 2010

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..