Pertandingan 1Foto 1Malaysia Anjuran BERNAMA

Salam semua, sempena meraikan tahun kemerdekaan Malaysia kali ke-53, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia ( BERNAMA ) telah menganjurkan satu pertandingan 1Foto 1malaysia.

Kepada yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah melayari website utama pertandingan di 1Foto 1Malaysia.



SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara.

2. Tema bagi pertandingan ini adalah “53 Tahun Merdeka: 1Malaysia Menjana Transformasi”.

3. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja.

4. Hanya penyertaan yang disertakan dengan borang yang lengkap dianggap sah. Borang penyertaan boleh dimuat turun di sini.

5. Semua penyertaan hendaklah sampai sebelum atau pada waktu pejabat 21 Sept (Selasa). Penyertaan yang lewat diterima dianggap tidak sah.

6. BERNAMA mempunyai hak untuk meminda sebarang syarat-syarat pertandingan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

7. Bukti kiriman pos bukanlah bukti penyertaan.

8. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. BERNAMA berhak menukar sebarang hadiah kepada hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.

9. Semua hadiah hendaklah dituntut daripada pejabat urusetia pertandingan. Bagaimanapun, pemenang boleh memohon supaya hadiah dihantar melalui pos jika terdapat alasan yang munasabah. BERNAMA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang berlaku sewaktu penghantaran.

10. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

11. Sebarang tuntutan undang-undang ke atas BERNAMA yang berkaitan dengan pertandingan ini adalah dianggap tidak sah.

12. BERNAMA mempunyai hak untuk menggunakan dan menyiarkan gambar serta nama-nama pemenang bagi tujuan publisiti.

13. Para pemenang mempunyai 60 hari untuk menuntut hadiah masing-masing. Sebarang tuntutan selepas tarikh ini tidak akan dilayan.

14. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta di sisi undang-undang jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan, kemalangan terhadap peserta dan harta dalam masa atau berhubung dengan sebarang kerja menyertai pertandingan.

Untuk maklumat lanjut sila ke website pertandingan disini

online counter
Tagged as : Pertandingan 1 foto 1 malaysia anjuran BERNAMA

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..