Orang Dah Pesan Jangan Buat !!

9/15/2010 12:23:00 PTG , , 3 Comments

Salam pagi semua, pagi ni aku ada baca paper metro yang mana pihak berkuasa memberi amaran kepada semua pengguna ICT diseluruh negara supaya tidak meniupkan isu perkauman di laman sosial, tweeter dan blog.

Tapi ada juga sebilangan rakyat kita yang suka buat kecoh dan cuba cari publisiti melalui facebook dengan mewujudkan akaun facebook Dato yang menjadi suspek pembunuhan datuk Sosilawati sebagai tempat mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan memaki hamun.


Ni merupakan facebook suspek pembunuhan yang dipalsukan

Ni merupakan facebook suspek pembunuhan yang sebenar

Bagi pandangan aku ianya tak sepatutnya berlaku. biarkan pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka menyiasat siapa yang bersalah dan bukan kita yang menjadi pengadil menghukum mereka.

Kalau ikutkan hati aku sendiri pon marah bila bangsa kita dibunuh dengan kejam oleh bangsa lain, tapi aku masih waras lagi dan tidak menulis di blog @ facebook tanpa memikirkan sensetiviti masyarakat lain.

Untuk penegtahuan semua anda semua boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati menghasut @ menwujudkan isu perkauman yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum. kepada yang masih tidak sedar hentikan kerja sia-sia anda. tak pasal-pasal selama ni anda makan sedap dirumah, esok atau lusa anda makan nasi kawah dalam lokap.

aku tak nak jadi macam tu, fikir-fikirlah kepada yang terasa.

online counter
Tagged as : Facebook Di salah gunakan, suspek kes pembunuhan datuk sosilawati

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. kita buat kerja kita je...tak pun kita beraya sakan!
    urusan nak menghukum biar pihak berkuasa yg tentukan!

    BalasPadam
  2. tulah sebuk nak cari publisiti punya pasal lah ni.. heran aku tengok buadak2 ni

    BalasPadam
  3. Yang buruk jadikan sempadan, bukan jatuhkan hukuman. Setiap orang ade peranan masing2

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..