My Raya Moments

Salam dari myvitrd,

Ni merupakan kali pertamanya aku mencuba nasib menyertai contest yang dianjurkan oleh bro Eyriqazz yang sebenarnya aku baru je kenal dia masa buka puasa bersama Digi hari tu.

So kebetulan Eyriqazz sekarang ni baru je dapat cek 4 angka dari nuffnang.. waooo masyuk.. so dia telah bermurah hati untuk memberikan duit raya dekat blogger-blogger semua, tapi sebelum tu kenalah buat kerja dulu .. hehehe.

Sebelum nak dapat Duit raya dari Eyriqazz ni blogger kena buat satu entri bertajuk "My Raya Moments" macam yang aku tengah buat ni. Mudah sahaja hanya perlu cari satu gambar semasa hari raya dan buat satu cerita pendek pasal gambar tu. Kalau nak tahu lebih lanjut masuk dalam "My Raya Moments Contest"

Aku mulakan cerita gambar kenangan raya aku dirumah mertua aku tahun ni. Suasana beraya dinegeri orang ni memang berbeza dan banyak pengalaman baru yang aku pelajari dekat sana. Al-maklum jelah aku ni anak kelahiran Johor dan isteri anak kelahiran Penang, 2 negeri yang berbeza budaya dan cara pemakanan, so memang menariklah raya aku tahun ni.

Kalau dekat Johor pagi raya aku biasa makan lemang dengan Burasak (makanan tradisi orang Bugis), tapi dekat Penang pagi raya aku makan ketupat daun palas dengan laksa penang. Tapi aku ni bab makan tak cerewet sebab janji halal aku telan je semua.. hahaha..

Dekat bawah ni ada beberapa gambar kenangan raya aku masa dekat Penang.

Perhatikan perbezaan raya aku 2009 dengan 2010

"Kenangan terindah Raya 2009 - masa ni raya ke berapa entah aku dah tak ingat, tapi masa ni aku dah bertunang, masa bergambar tu pon ada jarak satu kaki lagi antara kami berdua .. hahaha .. tak boleh rapat-rapat, masa tu bakal mak mertua monitor je .. hahaha"


"Kenangan terindah Raya 2010 - dulu raya 2009 aku peluk tiang je bila bergambar tapi tahun ni aku peluk yang tersayang ... so kepada yang masih bujang jangan tiru aksi ni membahaya untuk kesihatan .. hahaha .."


"Raya 2010 - Dahulunya keluarga mertua aku bergambar tanpa aku tapi tahun ni aku jadi sebahagian dalam keluarga ni, kalau dulu berlima sekarang dah berenam, tahun depan mungkin bertujuh @ berlapan ..hehehe .. amin "


online counter
Tagged as : My Raya Moments 2010, Eyriqazz Contest raya

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. thanks joining n comelnya gambar 2nd tu..hik3,...

    P/s ;dah uploadkan juga di facebook...kalau ramai like n komen ble menang percuma 2nd kategori..hik3..

    BalasPadam
  2. salam..kalau tidak keberatan,harap dapat ditambahkan list of sponsor too di dalam entry...bcz of them..now total hadiah is almost RM1K dan i will make sure a lot of people will win this time..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..