Sunday, September 12, 2010

[ Gambar ] Suasana di Hari Raya Pertama


Salam pagi semua ... selamat hari raya kepada anda semua pembaca blog myvitrd. setelah 2 hari berhari raya teringgin juga aku nak upload gambar-gambar suasana berhari raya bersama mertuaku buat pertama kalinya tahun ni.

Tahun ini merupakan tahun pertama aku berhari raya bersama isteri tercinta di umah mertuaku di Pulau Pinang. Tahun lepas sebelum kawin aku beraya bersama keluarga di Johor. selama 30 tahun beraya di Johor bersama ibu, ayah dan adik-adik di kg. merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan dan kini giliran beraya di negeri orang.

Sedih tetap ada dihati sebab kekadang terfikir takut-takut, sempatkah lagi aku berhari raya bersama ibu dan ayah serta adik-adik di johor pulak tahun depan. ajal dan maut ditangan tuhan dan kita hanya mampu berdoa semoga kita semua dipanjang umur dan berjumpa lagi di hari raya tahun hadapan.

Dibawah antara beberapa gambar yang sempat aku ambil di hari raya pertama umah ibu mertuaku.
Baju raya tema biru terkois tahun ini

2 orang adir iparku yang berbaru hitam

Keluarga mertuaku, ibu & ayah serta adik-adik iparku

antara keluarga terdekat yang hadir pada hari raya pertama, terdiri dari tok, menantu dan cucu

barisan cucu tok dan menantu tok

tok bersama cucu kesayangannya

tok bersama anak-anaknya termasuk ibu mertuaku yang duduk dilantai..


syg aku menunggu tetamu yang nak datang ... tiba2 ada mahluk melintas depan camera .... tu yang jadi macam tu ... hehehe

juadah wajib dihari raya, laksa penang.. emmmm besttttt

balang kuih raya ... bila nak pekena air cendol ni..

cucu kesayangan tok & cicit

Selamat pengantin baru mak ngah & pak ngah ... hehehe


menantu tok ... makcik & pakcik serta cucu tok

En. Mus dan keluarga ... orang kuat TNB Penang ... merupakan ayah angkat syg aku

suasana dirumah pak ngah sebelah ayah ... kunjungan malam

yang berdua ni sebuk makan tak tengok kiri kanan ... hehehe

pasangan bahagia ... amin


online counter
Tagged as : Suasana di Hari Raya Aidilfitri

2 comments:

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini