Duit Kutu Haram Ke

9/29/2010 08:40:00 PG , , 6 Comments


Salam pagi semua, pagi ni kecoh semua satu malaysia bila ramai yang tak sedar rupa-rupanya ada akta dibawah Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971. Selama ni aku pon main juga dengan rakan2 opis dengan tujuan untuk bayar duit road tax kereta aku setiap tahun.

Radio Hot.Fm pon hari ni bincang isu yang sama dan rata-rata hampir 100% pemanggil dan penghantar sms tidak setuju duit kutu diharamkan.

Aku sendiri pon berpandangan peribadi juga tidak setuju diharamkan sebab duit kutu yang aku mainkan selama ini tidak mendapat apa2 keuntungan dari duit yang kita kumpul tu.

Sebagai contoh aku main 12 orang dan setiap bulan setiap seorang membayar RM100 kepada ketua kutu dan jumlah RM1200 yang dikumpul akan diberikan kepada nama yang telah diundi sebelum ini mengikut bulan. Permainan kutu aku ni dalam setahun tu list nama setiap bulan yang dapat dah disenaraikan dan tak perlu nak undi sapa dapat setiap kali duit dikumpulkan. Biasanya setiap hujung tahun pada bulan 11 @ 12 kita orang dah bincang sapa nak pilih bulan cabutan pada tahun depannya. so bila masuk tahun berikutnya kita dah tahu bulan tu sapa dapat. konsep tu SALAH KE?

Isu yang terjadi sekarang ni adalah kes sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah semalam kerana mendapat untung duit kutu sebanyak 30 Juta. banyak tu.... ni bukan kutu namanya .. ni skim cepat kaya.

oklah aku bukan lowyer atau hakim nak jatuhkan hukuman .. tapi aku ada juga pandangan peribadi pasal Duit kutu yang aku main selama ini. bagi aku selagi kita kenal ahli kutu kita dan salaing mempercayai antara satu sama lain takda masalahnya permainan kutu ni..



kalau korang ada pandangan tentang wang kutu ni boleh kongsi diruangan komen dibawah.


online counter
Tagged as : Wang Kutu Haram di sisi undang-undang negara

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. sy pon tak setuju sgt kutu diharam kan sbb kita bukan ada amalkan riba/bunga sume tu....berapa yg kita main dalam satu2 tempoh tu, banyak tu jugak la kita dapat....tak lebih tak kurang...

    BalasPadam
  2. betul-betul setuju dengan anda cik panadol.. yang penting kutu kita tak tipu orng sudahlah..

    BalasPadam
  3. baru lepas discuss ngn kawan2 kat frenzyfm..ada pendapat yg bleh diterima akal nape duit kutu ni haram..

    Sbbnya takde hitam putih utk duit yg dikumpulkan tu..

    mksdnya kalo org yg awal dpt duit, pastu dia lari..dia tak boleh disabitkan kesalahan sebab takde bukti hitam putih..

    BalasPadam
  4. Pandangan tu aku setuju Nizam.. sebab tu kalau nak main kutu cari org yg boleh dipercayai..mcm rakan satu opis.. kalau dia lari pon senang kita cari.. tak pon potong terus gaji dia..hehehe

    BalasPadam
  5. kite cari..tp kalo dia xnak bayar gak..kite bleh buat ape? bakar rumah dia ke..ahaks..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..