[Digi Gadget] Wireless Mobile Router (MiFi) Review Part-2


Salam lebaran semua, kali ini merupakan bahagian ke-2 review aku berkenaan Wireless Mobile Router (MiFi). Review part-1 boleh rujuk disini. Apa yang aku nak kongsi disini aku telah menggunakan MiFi ni dengan disambungkan kepada netbook.

Kalau sebelum ni aku uji MiFi ni dekat opis & dekat umah aku dekat KL, tapi kali ni MiFi ni aku dah terbangkan ke Balik Pulau, Penang. apa yang membanggakan aku MiFi di rumah mak mertua aku di penang menerima signal yang bagus sehingga 5 Bar.

Aku telah menguji MiFi ni dengan membuat beberapa ujian antaranya menyambungkan MiFi kepada 1 netbook seterusnya 2 netbook dan yang terakhir aku menguji kemampuan MiFi ni dengan membuat download movie dengan saiz 70MB. Ternyata kelajuan MiFi ketika proses download memang membanggakan.

Bagaimana nak sambungkan MiFi dengan Netbook?

1) Klik Start - Setting - Network Connections
2) Klik butang kanan pada Wireless Network Connections
3) Klik View Available Wireless Networks

4) Pilih DiGi MiFi dan klik butang Connect

Untuk menguji samada internet telah disambung atau tidak, buka Internet Browser seperti Internet Explorer dan taip default IP : 192.168.1.1 dibahagian address. selepas itu anda diminta untuk memasukkan password, default password adalah "admin".



Jika internet telah berjaya disambungkan status adalah seperti dibawah.

Menyambungkan MiFi dengan 1 unit netbook

Pengalaman aku selama 5 hari bersama MiFi iaitu membuat sambungan 2 netbook kepada MiFi dalam satu masa

MiFi tercepit dicelah 2 netbook

Cari cepat mana MiFi tu duduk..

Digi MiFi digunakan pada Windows Vista

Digi MiFi digunakan pada windows XP

Kedua-dua netbook berjaya menggunakan internet melalui rangkaian MiFi

Menyambungkan MiFi dengan 2 unit netbook

Menguji MiFi dengan membuat Download menggunakan perisian Internet Download Manager.

so apa yang aku boleh simpulkan disini dengan berkongsi satu MiFi dan dihubungan lebih dari 1 device menguntungkan pengguna dengan boleh berjimat tanpa membeli setiap netbook 1 internet broadband. Mudah & jimat kos.

cukup setakat ini dulu ulasan pengalaman aku bersama Wireless Mobile Router (MiFi) di sepanjang hari raya ini.

nantikan ulasan seterusnya akan datang pengalaman aku bersama MiFi...

Update 14/9/2010 : Sambungan Part-3

online counter
Tagged as : Digi Internet Broadband - Mobile Wi-Fi ( MiFi ) , Wireless Mobile Router

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. download cita 70MB?? takde bandwidth limit ke??

    BalasPadam
  2. tengok gaya memang takda bandwith limit.. sebab aku guna Internet download manager... ada sesetengah broadband kalau nak buat download slow.. tapi yg ni memang laju sebab max speed download boleh smpai 700kbps

    BalasPadam
  3. haha aku suka ayat ko yang last tu!! hehe suke..suke.. hehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..