Beraya Di Rumah Mertua Penang

9/09/2010 03:42:00 PTG , 0 Comments

Salam hari raya semua, alhamdullilah syukur selamat juga aku sampai ke rumah mertua aku pagi tadi jam 4.30 pagi. aku rasa nilah travel aku yang paling lama time aku balik umah mertua aku. mana taknya aku gerak lepas abis keje jam 5.00 ptg terus g ambil syg aku dah tu masuk lebuhraya utara-selatan jam 7.00 petang.

disebabkan aku nak buka puasa aku singgah buka puasa dengan syg aku di bahu jalan R&R Rawang. kalau korang nak tahu kawasan parking dekat R&R Rawang memang penuh, so aku ambil keputusan berenti dekat bahu jalan je. rupa-rupanya banyak lagi kenderaan yang berenti dekat bahu jalan untuk buka puasa. ada satu keluarga tu siap bersila satu family tepi jalan buka puasa. memang suasana balik kg. nak beraya tu dirasai amat sangat.


deretan kereta yang singgah untuk berbuka puasa di R&R Rawang

Berbuka dalam kereta.. nasi beriani yang dibeli oleh syg aku.. tq syg

kesian syg aku tak selesa kot buka puasa dalam kereta.. first time buat keje macam ni.. hehehe


sekarang ni aku baru lepas siap tolong mak mertua aku buat ketupat dan masak laksa. biasalahkan penang mana boleh dipisahkan dengan laksa. dulu aku tak pandai makan laksa penang ni.. tapi sekarang keinginan nak makan tu melebih2 pulak..hehehe.

oklah korang layan gambar-gambar yang sempat aku ambil tadi.


first time aku buat ketupat daun palas

ketupat ni memang aku yang buat sendiri.. amacam sapa mau lawan



tengah siang ikan..kasi buang tulang untuk buat kuah laksa

haaa... dah siap pon.. jangan salah pilih sudah yang tulang tu tak pakai.. hehehe

tinggal nak rebus n masak semua bendalah dekat atas tu

nilah dia kuah laksa yang mak mertua aku tengah masak ni.. harap2 dapatlah makan masa buka nanti.. hehehe

online counter
Tagged as : Berhari raya di penang tahun ini

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..