Bengang Dengan Perodua Service Center

9/08/2010 09:18:00 PG , 9 Comments


Salam pagi semua, kalau aku kenangkan balik peristiwa semalam macam aku rasa sampai mati aku tak nak lagi hantar kereta aku gi pusat service perodua dekat Jalan Genting Klang.

memang panas hati betul aku dibuatnya. aku sebelum ni memang tak pernah buat temujanji untuk buat service dan selalunya kalau aku free aku terus je pegi dekat tempat service perodua. kira kalau ramai orang aku tak buatlah tapi kalau kurang orang aku tunggulah sampai keta siap.

cuba ko bayangkan aku sampai dekat tempat service tu jam 11.00 pagi, sampai je aku terus ambi no. dah tu dia panggil. aku tanya dengan kerani dekat kauter tu, ada banyak kereta tak tengah menunggu dia kata tak banyak. so aku fikir mungkin tak lamalah kereta aku kena service. sebelum tu kerani tu kata 2 jam ye kena tunggu. aku kata ok takpa saya tunggu.

apa yang aku tahu dalam polisi service perodua dia kena siapkan kereta pelanggan dalam masa 1 jam dan kalau lewat tanpa sebarang bayaran dikenakan. benda tu aku abaikanlah sebab masa tu bergantung kepada keadaan kereta yang diservice tu.

aku mula naik angin bila jam 12.30 kereta aku tak disentuh lagi. oklah aku faham mungkin sebab dia orang nak rehat takpe aku sabar lagi. masuk jam 2 ptg dah mula staff dia ambil kereta untuk di service dan aku tengok kereta aku masih tak diusik lagi. aku dah mula nak naik angin tapi aku sabar lagi.

jam 2.30 satu kereta myvi masuk register untuk service lepas tu terus kereta tu diservice.. apa cerita ni .. aku yang datang awal tak dibuat-buat lagi dah 3 jam tunggu, mamat yang mentang-mentang datang pakai smart2 dibuat dulu.. aku dah menyumpah2 dalam hati.

aku dah hilang sabar terus aku g kaunter aku kata " berapa lama lagi saya nak tunggu sekarang dah dekat jam 3 petang kereta tak buat lagi?" kerani tu kata kereta no.giliran berapa? b*d*h betul boleh dia tanya aku lagi yang padahal dia dah tahu kereta aku masuk jam 11 pg tadi.

kerani tu kata lambat lagilah ada 2 lagi kereta belum siap.. aku kata tadi kata tak banyak tu yang saya tunggu .. dah tu orang lain datang lambat masuk dulu.. apa cerita ni.. aku dah mula tinggi suara. kerani tu kata orang tu dah buat appointment.. dalam hati aku so aku yang tak buat appointment ko layan macam pengemislah dekat sini ye.

aku terus g tahu kerani tu saya dah tak boleh tunggu lama nak service, saya tak jadi service kereta dekat sini. terus aku ambil kunci dan bla dari termpat tu. memang buat aku panas hati betul.. buang masa aku tunggu dekat 4 jam dekat situ.. macam orang b*d*h je aku dekat situ.

aku pesan kepada pemilik kereta perodua yang bercadang nak service dekat Jalan Genting Klang tu supaya fikir-fikirlah sebab nanti ko senasib dengan aku. aku memang dah tak akan hantar lagi kereta dekat pusat service tu. Selamat tinggal Pusat Service Jalan Genting Klang.



online counter
Tagged as : Perodua Service center Jalan Genting Klang

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. I am thinking of buying a car and I am confused as to the kind of engine I should s, settle for, a diesel engine or a gasoline engine? Others say that a diesel engine is better than a gasoline engine. However, a diesel engine accordingly has a shorter lifespan.Thanks

    BalasPadam
  2. kalau service center kt keramat AU2 tu ok tak...?

    BalasPadam
  3. kalo hantar kt service centre kt pj depan Universiti Malaya tu lg hangin.....macam sial!!!!!...aku siap letak komen dalam suggestion box lg! padan muka pada lady rambut mcm laki yang lembap mcm siput. mana taknyer aku dah call siap bg no phone kalo barang yang aku tempah (ganti tempat turun site yang dah patah) sebab katenyer spare part xde kene order dlu....alih dh berminggu2 aku tgu xphone2 jugak...aku g la terus tanya, dia ckap barang dh ade....aku tany dia kalo dh ade pesal x calll bgtau...die xde respon wat derrrkkk jer....wat muka x bsalah....memang celaka lahhh.....(ko tu dh la front liner, xde mulut agaknyerrr nk say sorry)

    BalasPadam
  4. saya sangat bengang dgn dealer produa kat Jalan Reko Kajang. Servis pun mcm tak servis..Engine keta tak smooth pun, break bunyi, nak tukar absorber depan, dia gi tukar absober blkg, tapi harga absorber depan.....sangat melampau!! Ada sekali tu saya anto gi dealer jugak kat Batu Pahat, Johor, nak servis aircon, perempuan cina tu kata the whole aircon compartment tu rosak n kne tukar, harga RM600. Eh, 2 bln lepas saya anto gi servis kat Produa Service Center, ok jek, dia org tak maklum kan apa pun....2 hari pastu, saya dapat booking masa kat Produa Service Center, servis aircon RM57.++ tak kata pun rosak kne tukar....Dealer ni hanya akan memburukkan imej Produa jek, walhal klu kita pergi kat Service Center sendiri, takde pun mcm2, tak la mahal mana, n layanan mmg terbaik!Jadi pada para pembaca, tolong la jangan hantar kat dealer lagi.....hantar jek kat pusat servis dia...jauh pun takpe, sekurang-kurangnya tak sakit hati.....sekian

    BalasPadam
  5. ala...same je semua perodua servis lembab...tau nk makan duit org jerk...servis tah ape2.sy pernh kene mcmne awk kene kt perdua servis nilai...sy dtg around 9am tp kul 3pm pn kete sy xdiservis ktenye sebb sy dtg xde appointment...tp sebb tmpt tu dekat ngn opis aku aku terpaksa buat gak,still lambt w/pn sy bt appointment...

    BalasPadam
  6. Perrrrhhhh...sume kene yg mlampau ni..esok aku nk g chek bnyi skit bila belok kiri stereng kete alza tu...igt nk g keramat pnye tmpt...bru amek da cial lak..geram btoi.

    BalasPadam
  7. Mmg aku thu sblom ni ade org pki kete bru produa tp die x g service produa pon...service sndri jer...aku da plik mngkin sbb2 ni kot...lgipon die keje nga produa...

    BalasPadam
  8. Sy rancangan nak gi anta keta kat perodua keramat AU2, ade tak kengkawan yg dah pernah service kat situ? Ok tak ye??? Tlg bagi tau ye ...

    BalasPadam
  9. Hehe, baru nak komen walaupun entry lama sebab terbaca. betul la tu bro, memang kene dahulukan yg reserve. saya pun tiap kali nak servis perodua kol siap2 buat appointment. kalau tak sia2 la usaha orang buat appointment kalau diorg layan customer yg walk in dulu. Xsusah pun, kol bgtau masa. Tu je.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..