Bendera M'sia dibakar lagi, Rakyat Indonesia Tak Bersyukur

Salam pagi semua, tentu korang yang bergelar rakyat malaysia berasa kurang senang & marah bila bendera negara kita dipijak dan dikotorkan oleh pendatang asing. Baru sahaja kita selesai menyambut hari kemerdekaan ke-53 2 hari yang lalu tetapi sekarang macam2 kita dengar dan tengok dimedia masa tentang perlakuan rakyat asing terhadap negara kita.

Berita yang aku baru baca tadi menujukkan sikap kurang ajar segelintir rakyat indonesia apabila mengotorkan bendera malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontar bendera negara kita.

Tengok sahaja sikap kurang ajar mereka dengan memijak bendera kita seolah-olah mereka ini memijak-mijak kepada kita.


Tindakkan sedemikian dilakukan oleh Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta).

Sebelum ini mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar Malaysia selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Ketidak puas hatian mereka ini berlaku ekoran insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alasan pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing.

Sungguhpun semua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian.

Mereka yang melakukan kerja-kerja terkutuk ini tidak pernah terfikir pon sedikit yang mana saudara-mara mereka ramai yang manjadi pendatang mencari rezeki dibumi Malaysia.

Kebanyakkan duit yang diperolehi diMalaysia dibawa pulang kenegara mereka, dan mereka masih tidak bersyukur lagi bila diberi peluang mencari rezeki diMalaysia.

Kalau perkara ini berterusan ada baiknya kita mengharamkan semua rakyat negara mereka duduk dan bekerja di negara kita.

Apa yang diharapkan sekarang ni kedua-dua pemimpin negara mendapat jalan penyelesaian bagi menyelesaikan kemelut ini.

Aku baru je bercadang nak bercuti ke bandung tahun depan, tapi kalau perkara ini berterusan mungkin aku akan batalkan hasrat aku kesana demi keselamatan aku dan keluarga aku.

P/S : kepada rakyat indonesia yang membaca blog ini.. fikirkanlah demi kebaikan bersama kedua-dua negara.

Rujuk Berita Bernama untuk info penuh.

online counter
Tagged as : Bendera Jalur Gemilang Dibakar oleh rakyat Indonesia

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. Salam,
    tumpang lalu. smlm sy pun da blog kan pasal menda ni jugak. seb bek la sy dah pegi Jakarta n Bandung awal Ogos retu. Kut tak sure la asben tak kasik pegi (sbb dia tak pegi masa tu).
    Mmg geram sgt. Kalo kita pegi sana mmg kita tau la betapa susah nye derang tu. dan kalo dtg keja sini, kemain da kaya napaknya.
    Tp tak reti bersyukur. Geram rasa

    Oh..terpanjang pula. sori eh. huhu

    By d way, salam kenal dari puanstoberi :))

    BalasPadam
  2. Indonesia ni memang tak serik..
    Dulu benda pun pernah jadi, sekarang nak ulang balik pulak.

    Takkan nak mintak Tomok nyanyi lagu "Sejarah Mungkin Berulang" pulak baru diorang ni nak sedar diri

    BalasPadam
  3. aku pon tak faham.. tadi dekat opis kita orang dpt email dari umit ICT supaya tingkatkan kita orang punya Internet security.. sebab terdapat beberapa serangan cyber terhadap server agensi kerajaan yang dilakukan oleh negara jiran.. memang melampau dia orang ni.. serangan hackers pulak sekarang ni.. mcm2 betul

    BalasPadam
  4. yups
    golongan2 tak berpendidikan dkt sana yg buat rusuhan tu semata2 nak dapat wang lebih untuk raya nanti
    pastu golongan muda pula terpedaya dengan hasutan media dkt sana yg suka memprovokasi mereka

    P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..