Zakat Fitrah : Aku sudah korang bagaimana?

8/25/2010 08:39:00 PTG 4 Comments

Salam semua, alhamdulillah syukur kepada Allah sebab masih beri aku nyawa sehingga ke hari ini dan dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan aman.

Petang tadi aku dah laksanakan satu kewajipan aku sebagai umat islam dan seorang suami yang mana aku dah pegi bayar zakat fitrah. kebetulan aku kerja dikawasan Wilayah Persekutuan jadi kadar bayaran seorang adalah sebanyak RM7.00. kalau macam aku 2 orang so RM14.00 lah yang aku bayar. Lepas bayar je syukur aku rasa dan sangat gembira sebab dah tunaikan tanggungjawab.

Tahun lepas aku bayar untuk diri sendiri sebab masih bujang, tahun ni aku dah kawin so kena bayar untuk tanggungan sekali.

Dekat bawah ni aku ceritakan sikit maklumat tentang Zakat Fitrah :-

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.



SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH


Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH


Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


WAKTU MENGELUARKAN FITRAH


Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya
WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Kepada rakan-rakan blogger yang belum tunaikan zakat lagi bolehlah berbuat demikian sebelum menjelang 1 syawal nanti.


Tagged as : Pengertian Zakat Fitrah, Syarat Wajib Zakat Fitrat, Kaedah Pembayaran zakat, Kadar Bayaran Zakat Fitrah, Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. Salam Kenal...Tahun depan bayar untuk 3 orang kot?

    BalasPadam
  2. insyallah.. tq..doakanlah ye

    BalasPadam
  3. aslkm tuan rumah. minta izin copy ya.

    BalasPadam
  4. aslkm tuan rumah minta izin copy ya

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..