Surat Pekeliling Pemberhentian Secara Sukarela - VSS


Salam semua, bak kata orang langit tak sentiasa cerah ku sangka panas rupa-rupanya hujan ditengahari. anda semua tentu ada yang pernah dengarkan apa itu VSS? dalam bahasa mudahnya VSS adalah Voluntarily Separation Scheme @ pemberhentian secara sukarela.

biasanya skim ni ditawarkan oleh syarikat yang ingin mengurangkan kos pengeluaran dengan membuat tawaran pemberhentian pekerja secara sukarela.

biasanya apabila skim ini ditawarkan syarikat akan membayar pampasan mengikut persetujuan daripada ahli lembaga syarikat.

apa yang aku nak kongsi dekat sini, baru-baru ini aku memang ada mendengar desas desus bahawa syarikat tempat aku bekerja nak tawarkan skim VSS ni dekat pekerja. so ramailah rakan dekat opis tu jadi risau dan tak tahu macam mana nanti kalau dibuang kerja bila tak ambil skim tu.

semalam 19/8/10 memang betul apa yang kami ramalkan, ahli lembaga syarikat telah meluluskan skim VSS untuk semua pekerja.

tawaran yang syarikat aku buat adalah tempoh membuat permohonan adalah diberi dalam masa 5 hari bekerja. ini bermakna tawaran ini akan tamat pada 26/8/10 jam 5.00 petang yang mana ia bermula hari ini jam 9.00 pagi.

bila surat pekeliling je keluar tadi semua pekerja sebuk memikirkan samada nak ambil skim tu atau tidak. ada yang 50-50 nak ambil, ada yang 70-30 dan ada yang 100% memang nak ambil.

antara tawaran yang syarikat aku buat untuk pekerja yang nak ambil skim tu adalah seperti dibawah:-

1) Tahun Perkhidmatan * 2.0 * gaji pokok

2) Notis pemberhentian * 3 bulan gaji

3) Tempoh perkhidmatan
- ( 1-10 tahun * 3 bulan gaji)
- ( 11- 20 tahun * 5 bulan gaji)
- ( 20 tahu keatas * 7 bulan)

4) Gaji pokok /26 hari * baki cuti

so tulah tawaran yang syarikat aku bagi untuk pekerja yang nak ambil skim tu. 4 tawaran tu dicampurkan semuanya dan jumlahnya adalah pampasan yang akan diterima. pada pandangan aku bagi yang dah kerja lebih 20 tahun dan gaji besar memang menguntungkan ambil skim tu.

tapi bagi kulikutif macam aku yang baru kerja 3 tahun lebih memang tak seberapa je aku dapat. so aku dah bincang dengan sygku yang aku dah bertekat untuk teruskan kerja di syarikat aku ni.

so segala kemungkinan yang akan berlaku kepada mereka yang tak ambil skim tu kita serah je pada ilahi.. hanya orang yang malas je tak ada kerja.. di bumi kita ni penuh dengan rezeki, hanya kita je yang nak cari atau tak nak.

P/S : kepada rakan-rakanku yang berminat nak ambil skim tu, aku ucapkan selamat maju jaya dan semoga korang dapat kerja yang lebih baik dari sekarang.

kepada pembaca2 blog aku kalau korang ada pengalaman di tawarkan VSS ni boleh kongsi pengalaman korang dekat sini.


Tagged as : Voluntarily Separation Scheme - VSS

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..