GASTRIK + PUASA

Salam semua, bila tiba bulan puasa yang akan risau adalah mereka yang menghadapi masalah gastrik. Ini adalah kerana biasanya gastrik akan terjadi bila sesorang itu memakan makan tidak mengikut jadual yang betul atau dalam erti kata lain makan tak menentu.

Baru je masuk hari ke-3 berpuasa wife aku menghadapi masalah gastrik yang teruk, lepas buka je mesti akan merasai sakit perut yang amat sangat. Kesian aku tengok, sebab bila gastrik tu datang seluruh badan jadi sakit dan malam memang tak boleh tidur nyenyak.

Sekarang ni pon wife aku masih belum ok sepenuhnya.. masih merasakan gastrik dia lagi. Aku dah pesan kalau tak larat jangan puasa dulu.. tapi dia kata insyaallah boleh puasa.

Wife aku ni memang ada masalah gastrik dari zaman belajar lagi.. so pemakanan dia kena jaga, lewat sikit je nanti dia akan rasa gastrik tu menyerang semula. Nasib baiklah ubat dah prepair siap2 bila sakit je terus makan. Sekarang ni pon lepas buka dengan sahur je mesti makan ubat dulu.

Kesian sangat aku tengok… huhu. Aku tak tahu macam mana rasa sakit gastrik ni sebab aku takde gastrik, moga2 dijauhkanlah ye.. dari raut wajah syg aku ni memang sakit sangat kot .. sabarlah ye sygku..

Dekat bawah ni sikit info pasal gastrik yang aku nak kongsi :-

TANDA-TANDA GASTRIK

Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:

* Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
* Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
* Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).

Dari bahan-bahan penulisan ini bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:

Penyakit Gastrik / Gastritis ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.


Penyakit Gastrik / Gastritis berat

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)

Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.

Sumber : http://fajridil.blogspot.com


Tagged as : Penyakit gastrik, Tanda-tanda gastrik, bulan puasa ramadhan

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. sakit gastrik tu mmg sakit... xmo kene ..... (T_T)~

    BalasPadam
  2. info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

    BalasPadam
  3. sy pon ada gastrik...tp harap dapat tunaikan puasa dengan sempurna...
    semoga wifey cepat sembuh....

    salam ramadhan

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..