Contest : OSK Investment Challenge (Campus Edition)


Salam semua, semalam aku baru je daftar untuk menyertai satu pertandingan anjuran OSK Investment ni. Pertandingan ni berbentuk games yang mana kita dihendaki membuat pembelian & penjualan saham dengan dibekalkan modal sebanyak RM100,000 secara duit maya.

Pertandingan ini telah bermula pada 16 Ogos 2010 dan akan berakhir pada 1 oktober 2010 iaitu bersamaan dengan 33 hari market berjalan.

Untuk makluman pertandingan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar Universiti sahaja. so kalau korang rasa diri korang pelajar apa lagi jom kita layan ramai2 games ni.

Hadiah utama pertandingan ini adalah Wang tunai bernilai RM25,000.00 bagi tempat pertama. Tempat ke-2 sebanyak RM10,000.00 dan tempat ke-3 RM5,000.00. bukan itu je korang juga berpeluang memenangi Laptop Acer yang bernilai RM1,299.00 setiap minggu.

Kebetulan dekat tempat kerja aku tu memang kita orang jual perisian untuk tengok Market saham-sahan dibursa malaysia. so aku gunakanlah peluang ni untuk belajar dengan staff-staff yang dah biasa dengan market saham-saham ni.

Pagi tadi aku dah belajar sikit-sikit dan alhamdulilah aku boleh buat sendiri. bila aku start main games ni aku rasa macam aku main saham dalam suasana yang sebenar sebab aku dibekalkan dengan duit RM100,000.00. kuasa ditangan korang nak naikkan duit tu atau nak kurangkan duit tu. kalau korang berjaya gandakan modal yang dia bagi tu ada kemungkinan besar peluang untuk korang menang tu cerahlah.

oklah kepada yang nak tau lebih lanjut pasal pertandingan ni boleh masuk terus ke website OSK Investment.




Tagged as : OSK Investment Challenge (Campus Edition)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..