Al Kisah Berbuka Puasa Semalam Petang

8/13/2010 03:09:00 PTG , 5 Comments


Salam hari jumaat semua, kekadang waktu bulan puasa ni kita sering terlupa yang kita sebenarnya tengah berpuasa. jadi bila berlaku perkara yang terlupa tu.. mulalah pergi makan, minum lagi2 kalau duduk umah sorang2kan.

cerita ni berlaku dekat aku dengan syg aku semalam.. hehehe.. jangan gelak aku ye lepas korang baca ni.. biasalah dua-dua bekerja bila dah balik rumah dah penat apa yang sempat cuma boleh nak masak simple2 je.

semalam syg aku tanya dalam kereta masa ambil dia balik keje, abg nak makan apa? aku kata apa2 je.. janji syg masak.. hehehe.. aku kata apa kata kita masak mee goreng.. kira nak test masak mee goreng mamaklah ni..

macam biasalah kalau syg aku masak.. aku suka tolong2 dekat dapur. tengah2 syok masak syg aku pon cakaplah dengan aku.. abg macam mana rasa dia dah cukup ke? aku kata "tak tahulah syg" syg aku cakap lagi "abg rasalah dulu, kalau tak cukup rasa kita tambah garam" aku kata "ok, kejab ye syg panas ni" dengan bangganya aku pon rasalah sikit dekat senduk tu apa rasakan, masin ke atau manis.

lepas tu syg aku tanya lagi "macam mana abg, ok tak?" aku cakap "cuba syg rasa dulu kalau syg rasa ok, abg pon oklah". syg aku pon glah rasa dekat senduk tu dia cakap "oklah tu abg dah ok".

tak sampai 5 saat lepas dia rasa syg aku terus jerit, "abgggggggggggggggg kitakan puasa" apa lagi kita orang berdua cepat2 berkumur2 takut2 terbatal pulak puasa kita orang.. hehehe..

yaallah memang kita orang punya syok masak terlupa yg kita orang berdua ni tengah puasa.. tinggal lagi 10 minit nak buka masa tu.. nasib baik syg aku cepat perasan kalau tak mau aku dengan dia asik rasa je dekat senduk tu.. hehehe.. teruk betul kita orang ni..

aku harap puasa aku dengan syg aku semalam diterimalah.. sebab kita orang terlupa yang kita orang berdua ni tengah puasa.. lepas ni aku kena berjaga2 bila nak masak petang2 ni.. sat lagi dah yok test rasa masakan terus ambil pinggan makan.. yang tu memang sah lah batal puasa.

kena gantilah tahun depan.. hehehe.. so tulah kisah aku semalam dengan syg aku.. kebetulan tahun ni tahun pertama kita orang berpuasa bersama jadi masing xcitedlah jadinya..

kepada yang sedang berpuasa Selamat berpuasa aku ucapkan.. kepada yang uzur tu.. nak makan sorok2 lah ye..kesian orang yang puasa tu.. wasalam..


Tagged as : Berbuka puasa, Puasa bulan ramadhan, Bulan ramadhan

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. wooohhh..
    meleleh tgk itu gambau :D

    BalasPadam
  2. datang umah nanti wife aku masakn..hehehe

    BalasPadam
  3. haha comel je dua-dua TERmakan.

    BalasPadam
  4. kakakah.. agk lawak la.. tp comey bak kate sizuka :)

    slamat berpuasa 2 sdare n isteri

    BalasPadam
  5. korang jgn buat mcm aku sudahlah ye..hehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..