Akibat bermain mercun

8/24/2010 10:30:00 PG , , 0 Comments

Salam pagi semua, setiap kali musim perayaan hari raya & bulan puasa kita tak pernah tak dengar berita tentang budak putus jari, buta, hancur tangan dek main mercun. nak d katakan setiap tahun ada je berita yang mengerikan ni dan tak tahu bila ada penghujungnya.

kalau kita tengok dekat berita setiap hari ada je rampasan dibuat oleh pihak berkuasa, tapi kenapa ada juga yang main dan jual? dimana silapnya.

macam semalam aku g bazar ramadhan dekat kawan rumah aku.. yang jual mercun dengan bunga api, bukan orang dewasa yang jual tapi budak2 kecik yang terjerit-jerit jual mercun.. mercun... mercun bang.... beli mercun sini...

mana mak bapa dia orang.. ke mak bapa dia orang yang suruh gi jual mercun ni? bukan tu je ada aku tengok pasangan suami isteri yang turut menjual mercun pop-pop di bazar ramadhan.. mungkin yang ditunjukkan pop-pop tapi kalau ada permintaan mungkin ada mercun jenis lain yang dijual.

yang peliknya kenapa dia orang tak ada rasa takut menjual barang-barang terlarang ni.

mercun paling merbahaya yang banyak kes kita dengar putus jari dan hancur tangan adalah mercun dari jenis bola.
Mercun merbahaya, mercun bola

kesan terkena mercun bola.. jari jadi hancur kerana tekanan letupan dari mercun tersebut

ramai kanak-kanak yang hilang jari dimusim raya kerana bermain mercun

ni mercun kelapa yang kalau meletup kesan dia dekat bawah kalau terkena badan..

jangan sampai anak-anak anda dah jadi macam gambar dekat atas ni baru anda semua nak menangis dan menyesal..dah tak ada gunanya

P/S : sentiasalah awasi pergerakan anak anda.. jangan biarkan anak anda bergaul dengan rakan-rakan yang sedang bermain mercun.. menyesal kemudian tidak berguna.


Tagged as : Kesan bermain mercun, putus jari kerana mercun, bahaya mercun bola

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..