Usahawan Cendawan Yang Berjaya

Salam pagi semua, pagi ni aku nak promosikan sikit perniagaan tanaman cendawan tiram kelabu yang tengah aktif diusahakan oleh sepupu aku sendiri di johor.


kata orang bukan senang beliau nak sampai ke tahap yang membagakan seperti sekarang ni. bermula dari sebuah pondok sahaja sehingga sekarang beliau ada 3 ke 4 pondok yang semuanya penuh dengan bongkah2 cendawan.

aku masih ingat lagi semasa aku sama2 dulu dengan beliau mencuba tanaman cendawan ni menggunakan teknologi2 lama iaitu mengukus menggunakan tong drum yang hanya boleh memuatkan lebih kurang 80-90 bongkah sahaja. bongkah medium cendawan yang sudah siap perlu dikukus selama lebih kurang 8 jam untuk proses mematikan kuman2 atau bakteria yang ada dalam bongkah tu. selepas dikukus perlu disejukkan sementara sebelum disuntik menggunakan benih ditempat yang bersih. selepas itu perlu lagi disimpan selama beberapa minggu sehinggalah mesilium didalam tu memenuhi bongkah dah bersedia untuk pengeluaran cendawan. sampailah korang boleh nampak cendawan tiram kelabu yang korang makan samada dalam bentuk sup cendawan, goreng cendawan, nasi goreng cendawan dan lain2.

Aku memang bangga sangat dengan usaha keras dia selama ni.. semalam beliau dah masuk paper sinar edisi Johor. Tahniah aku ucapkan.

kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemuadian hari.. kalau korang nak cari ilmu tentang penanaman cendawan korang boleh masuk dalam blog dia http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/.

aku doakan sepupu aku ni berjaya dalam bidang yang diceburinya... amin. 

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. tahniah aku ucapkan pd brader ko tu...semoga lbh berjaya di masa depan

    BalasPadam
  2. Saya penah buat kertas kerja utk perniagaan cendawan utk subjek ETR tyme dip dlu. Sangat la faham akan kegigihan nak buat bsnes nih, nak pasarkan, nak sediakn rumah cendawan tuh, pemilihan biji benig yang berkualiti, pengawalan siraman air dan kelembapan pada cendawan tu serta yang paling penting pencegahan daripada diserang kulat dan penyakit. Jangan sesekali kamu memandang enteng, sbnrnya sangat la leceh jugak bagi bsns yg agak besar. huhu... SEMOGA TERUS SUKSES utk bro tersebut!! Chaiyok chaiyok (^i^)

    BalasPadam
  3. tq kepada yang menyokong usaha sepupu aku ni..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..