Skim Cepat Kaya Terbaru "Ab Taufan"

7/18/2010 09:05:00 PG , 11 Comments


Salam hujung minggu semua, tentu korang masih ingat 3 tahun yang lalu sekitar tahun 2006-2007 negera kita pernah digemparkan dengan pelbagai macam dan jenis skim pelaburan online di internet yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda.

ada tak dikalangan blogger2 diluar sana yang pernah terjebak dengan skim ni. aku pernah juga terjebat tapi nasib baik tak banyak. last2 lebur je duit tu setelah pihak kerajaan dengan kerjasama mufti mengharamkan skim tu.

kalau korang nampak drama TV3 malam tadi tentu korang teringat masa zaman2 skim cepat kaya tu. malam tadi satu slot drama dekat tv3 yang bertajuk "SAHAM NERAKA" yang dilakonkan oleh pelakon handalan seperti Datuk Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Ahmad Tamimi Siregar dan Erma sendiri. Malahan ia turut menampilkan bakat muda, Akim. Turut membintangi telefilem ini ialah Enot, Anne Abdullah, Jue Aziz, Hasnah Hashim, Nizen Mikail dan Mohd Isfan Johar.

Dekat bawah ni sedikit sinopsis cerita saham neraka tu.

"Saham Neraka mengisahkan mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada Pak Halim, isterinya Jamilah dan anak lelaki mereka, Rozmi. Mereka semua terbabit dalam permainan saham. Pak Halim ini pada mulanya tidak minat pada saham. Katanya saham riba. Walaupun begitu, Senah kawan kepada Jamilah memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham di bawahnya. Nama saham itu AB Taufan.

Rozmi pula adalah pelajar universiti. Dia turut bermain saham bersama rakan-rakannya. Rozmi mempunyai seorang kekasih bernama Juwieta. Senah dan suaminya, Hamdan memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham AB Taufan. Pelbagai cara yang di buat untuk memujuk mereka. Senah dapat memujuk Jamilah tetapi Pak Halim tetap berdegil. Senah dan Hamdan membeli kereta dan perabot baru. Ini semua hasil duit main saham.

Jamilah menjadi semakin cemburu. Rozmi pulang ke rumah kerana cuti. Dia ingin meminjam duit daripada Pak Halim untuk modal saham. Rozmi menerangkan mengenai AB Taufan kepada Pak Halim dan Jamilah. Akhirnya Pak Halim faham dan mula berminat menyertai main saham. Saham Pak Halim dan Jamilah semakin berkembang. Senah dan Hamdan menjadi cemburu kerana pelanggan mereka semakin kurang kerana lari kepada Pak Halim.

Pak Halim pula berani meminjam duit dari peminjam wang haram. Jamilah memujuk Pak Halim supaya melabur lebih banyak duit untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Masalah mula timbul apabila Pak Halim tidak mempunyai duit untuk bayar balik duit yang dipinjam daripada ceti haram. Dia terpaksa mencagarkan rumahnya. Pak Halim terkejut membaca berita mengenai saham haram. Rozmi juga mengalami masalah sama di universiti. Ramai pelanggan meminta wang kembali. Pak Halim dan Jamilah menjadi buntu
."

tapi yang ralat sikit aku tak dapat tengok sampai habis cerita tu sebab aku dah tertido dengan syg aku. walaupun aku tak tengok abis tapi pengajaran dari cerita tu memang banyak.

moralnya kalau boleh jangan libatkan diri dengan apa2 skim cepat kaya secara online @ tak online ni. Yang akan merana nanti ahli keluarga dan diri sendiri juga.

Pesanan aku carilah sumber rezeki yang halal dan jangan cuba cari duit dengan jalan yang singkat. takda orang dapat duit dengan cara yang cepat.. usaha yang perlu.


Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. Nice show! Saya ada tonton sampai habis semalam.

    BalasPadam
  2. sape2 yg ade cite tue, blh upload kah? kite nak download...hehehehe...

    BalasPadam
  3. kelakar pun ada citer tu..
    nak cuba check kat website tv3

    Visit Mount Kinabalu

    BalasPadam
  4. X teng0kla citer tu...hukhuk..
    x berkesempatan utk teng0k...
    Saya buat FB 4 Cash (Infinity Downline), sama skali bukan skim cepat kaya... =)

    BalasPadam
  5. cerita tu aku rasa dlm tv3 takda link download kot.. tapi memnag ramai juga yang minat ye cerita ni..

    BalasPadam
  6. Khalifah Raffrizal Razz19 Julai 2010 4:25 PTG

    http://www.facebook.com/group.php?gid=116931374990029

    http://www.mlmscam.net


    Kedua-dua website ini merupakan pendedahan kepada SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU....syukur sebab ada "SAHAM NERAKA" menguatkan lagi alibi utk membanteras skim2 piramid dan skim ponzi yang sudah nyata HARAM...

    BalasPadam
  7. khalifah : tq share the info.. aku pernah kena offer untk joint Mlm tu

    BalasPadam
  8. kalau ada abby norman skim cepat kaya tentu aku join punya!

    BalasPadam
  9. Kpd. Tn.Punya,

    Mind if u share ur information dlm Gerakan Anti Friends Club...and spread the news to all...We want JUTAWAN...not HUTANGWAN..

    BalasPadam
  10. FB For Cash tu pon SEBIJIK cam skim cepat kaya la

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..