Skim Cepat Kaya Kecundang

7/29/2010 09:15:00 PG 9 Comments

Salam pagi semua, memang tak serik2 orang kita nak cepat kaya, bila dah kena cekup baru ternganga.. yang aku pelik kenapa boleh terpedaya dan percaya dengan janji2 ejen skim cepat ni.

bukan ke kerajaan dah haramkan apa jua bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan cepat ni.. susahlah nak cakap pemikiran orang sekarang ni.. semua kabur dek kerana duit.

yang aku malu ni semua yang terpedaya ni rata-rata yang sebangsa dengan aku iaitu orang MELAYU.. tak kurang juga yang celik pandai pon terpedaya juga.. naik heran aku tengok.

susulan paper hari ni di utusan yang memaparkan laporan penahanan 59 ejen skim cepat kaya di sebuat restoran Bandar Sunway malam semalam.

kalau korang tengok kereta-kereta yang ejen ni pakai memang power-power semua dan akhirnya semua kena tahan dekat balai sekarang.. tak pasal2 59 orang ni semua tido dalam lokap sampai siasatan selesai.

apa yang menarik semua kebanyakkan kereta tu bernombor pendaftaran 8282 dan 925.. so kalau korang terperasan ada kereta no pendaftaran tu lalu depan korang mungkin ni salah sorang geng-geng skim ni.. tapi kalau ayah atau mak korang pakai no. tu mungkin tak kot.. kebetulan no. yang sama..hehehe

kalau korang nak tahu cerita lebih lanjut masuk dalam utusan online

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. melayu tipu melayu..mcm ni la dunia kat msia...otak tau nk dpt wang mudah smbil goyang kaki,last2 goyang kaki tak berlagu....lalala

    BalasPadam
  2. aku memang pelik..kita cari rezeki halal separuh nak mati... dia orang goyang kaki konon leh kaya.. boleh jalan lah..

    BalasPadam
  3. sis:kawan saya terlibat lam..skim neh....3 org yg masuk...dan dah buat loan pon..ape naseb dorang sy xtahu...yg penting...dorang adelah golongan cerdik pandai...sgt merugikan..ade sanggup berenti keje sb nak tumpu bsnes neh....

    BalasPadam
  4. oh..tidak.. kenapalah dia orang ni terpedaya.. nasib malang sungguh..

    BalasPadam
  5. baru nak wat entry nih ahahhaa.. nak komen jugak! kadang2 kalau kita tgk, camne bisnes melayu nak maju kalau macamni caranya. Sampaikan saya perasan, ada mereka yang benar2 bersungguh2 mencari rezeki yg halal, tak dapat sambutan dari kaum kita sendiri. ada juga melayu kita sanggup percaya perniagaan dari bangsa lain utk terus hidup berjaya. aduhai melayu-melayu...

    BalasPadam
  6. skim apa ni yer... mesti ader nme kan company ni.. bbahaya ni...

    BalasPadam
  7. Salam,

    Inilah namamya orang kita, nak kaya segera dengan cara yang tah apa2.

    skim cepat kaya...cam citer cerekarama saham akhirat vs saham neraka. AB taufan..

    BalasPadam
  8. semua kerana duit.. rakyat kita miskin sebenarnya.. kalau kaya dia orang tak main skim cepat kaya ni..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..