Bukit Gambang Water Park - Part 2

7/05/2010 10:05:00 PG , 0 Comments


Salam Pagi Semua, Seperti yang aku janji sebelum ni dekat entri aku sebelum ni nak kasi tunjuk gambar dekat Bukit Gambang Water Park kuantan. korang layan beberapa gambar dekat bawah ni..

Pagi Sabtu tu aku dengan syg aku gerak dari umah lebih kurang jam 7.30 pagi singgah berenti rehat dekat RnR Temerloh pahang jam 9.15 pagi. kebetulan time aku berenti sarapan dekat situ rombongan rakan2 aku yang naik bus pon singgah juga rehat dekat RnR Temerloh tu. rombongan dari opis ada 3 bus yang mana lain member aku naik kereta sendiri.

lebih kurang jam 9.45 aku teruskan perjalanan dan sampai ke Bukit Gambang Water Park tu jam
11.oo pagi.

Sampai je terus register untuk masuk kawasan water park tu. mula2 ingat nak mandi tapi kita orang g makan dulu baru g mandi dekat water park tu.


Tempat penginapan

Petang jam 3.00 petang kita orang keluar dari water park tu g check in bilik. member2 yang lain ada yang mandi sampai jam 6.00 petang, maklum je lah jarang2 nak datang sini so dia orang mandi puas2.. dah macam badak air semua dalam tu..hahaha.

Aktiviti sebelah malam pulak kita orang ada dinner bersama Wakil Menteri Besar Pahang. habis je aktiviti dinner ada persembahan pakaian beragam kanak2.. sambil di selang selikan dengan cabutan nombor bertuah untuk peserta yang datang.



Malam ni aku memang bertuah sebab berjaya bawa balik Microwave Oven Jenama panasonic yang berharga RM299.00 masa cabutan bertuah tu. hadiah paling grand malam tu 1 unit TV 42inc dan 3 unit backberry.


Berat gila ni... aku nak lelong sapa nak..hahaha

Habis je makan malam aku dengan syg aku terus g balik bilik sebab nak layan Jerman VS Argetina dengan keputusan 4-0 yang mana Jerman tewaskan Maradona..hahaha

Pagi lepas sarapan aku terus gerak balik ke KL.. so far memang happylah aku sepanjang dekat bukit gambang water park tu.

layan lagi gambar2 dekat bawah ni..


Rumah tempat menginap..memang terbaik..

beratur nak salin pakain mandi...


termenung ye.. tak tahu nak mandi dekat mana ye?... ke takut air ni syg...hehehe

apahal mamat ni pegang towel je.. dah puas jadi badak air?.. hahaha

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..