DICENGKAM NODA

6/04/2010 08:45:00 PG , 0 Comments


Disapa waktu
dicengkam noda
dalam lingkaran nafsu
melangkah kesesatan
membenam di lubuk jiwa

Disapa waktu
memori semalam tertinggal
hari ini yang menyukarkan
menyentuh kesilapan
terpijak duri duniawi
terbelit selendang dosa

Disapa waktu
dalam perjalanan yang sesat
ditelan bencana
tersungkur layu dan rebah
menjadi pusara terbiar
tanpa tapak-tapak kaki
tiada tangan yang menadah
yang tinggal kekesalan

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..