2 Hari Di UNITEN

6/08/2010 11:09:00 PG 2 Comments

Salam semua, pagi ni rutin macam biasa bangun pagi n siap2 tapi bukan nak g keje sebab untuk 2 hari ni aku ambil cuti sebab nak antar sayang aku g kursus integriti di UNITEN.

ni merupakan kali pertama aku masuk Uniten ni sebab kalau takda urusan rasmi mana leh suka2 nak lepak dekat sini macam dekat pasarayakan. hahaha

Seawal jam 7.30pagi aku dah sampai Uniten ni dengan keadaan jalan yang tak begitu sesak. syg aku kena daftar dalam jam 8.00 pagi di ILSAS salah satu pusat latihan & kursus untuk semua pekerja2 TNB.

Maklum jelah syg aku ni orang letrik.. dulu kerja bahagian potong2 letrik koranglah yang mana degil nak bayarkan. tapi sekarang lepas dia pindah dekat HQ PJ dia di tempatkan d bahagian kewangan. so kuranglah sikit beban berdepan dengan customer yang marah2 kalau letrik kena potong.

baru je dalam 3 bulan lepas pindah, syg aku dah d kehendaki mengikuti kursus integriti untuk kenaikkan gred bunyi macam tulah yang syg aku cakap dekat aku .

so d sebabkan syg aku tak boleh nak drive keta manual aku yang hantar dia g kursus ni.. lagi pon aku rasa selamat kalau aku yang hantar d bandingkan aku nak bagi dia naik LRT.

sementara dia habis kursus antara jam 4.00 hingga 5.00 petang nanti aku lepak dulu dekat library Uniten ni.

tu yang bosan tak tahu nak buat apa aku buat lah satu entri pembuka kata pagi2 ni. dan esok nampak gaya sehari lagi aku akan berkampung dekat sini.

dalam library ni tenang je.. sunyi sepi.. memang takda gangguan.. so kalau nak layan tido pon boleh juga..hehehe.. tapi jangan lah nak tido balik umah k... library tempat baca buka bukan tempat tido..

oklah ni je dulu aku nak cerita pagi ni.. ada info terkini aku post entri baru lagi.. daaaaaa.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..