Toreh kemaluan isteri

5/05/2010 09:27:00 PG 6 Comments

Suami peluk mangsa ketika sedia makanan tengah hari

MELAKA: Seorang wanita parah selepas kemaluannya ditoreh oleh suaminya di sebuah rumah di Bertam Ulu, dekat sini, pagi kelmarin, selepas lelaki itu mendakwa mendengar 'bisikan halus suara jin' memaklumkan isterinya itu berlaku curang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi, ketika mangsa yang berusia 30-an dan bekerja sebagai jururawat itu sedang memasak hidangan makan tengah hari untuk keluarganya.

Katanya, suami wanita berkenaan yang juga seorang anggota tentera dan berusia awal 40-an, dipercayai memeluk mangsa secara tiba-tiba dari belakang dan menoreh kemaluan wanita itu dengan sebilah pisau.

"Wanita itu dalam keadaan cedera menghubungi Hospital Melaka bagi mendapat bantuan. Suaminya cuba membantu tapi ditepis oleh wanita berkenaan kerana bimbang dicederakan lagi. Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati lelaki terbabit hanya sekali menoreh kemaluan isterinya itu," katanya.

Mohd Adnan berkata, polis menahan lelaki itu di rumah mereka dan ketika hendak ditahan, lelaki terbabit yang menyerah diri secara sukarela, dilihat dalam keadaan murung dan meracau-racau.

"Malah, dia juga mengaku melakukan perbuatan itu sambil menunjukkan pisau yang digunakan. Ketika kejadian, hanya anak bongsu pasangan itu yang berusia empat tahun, berada di rumah berkenaan dan dia tidak diapa-apakan," katanya.

Mohd Adnan berkata, lelaki itu mendakwa melakukan perbuatan itu akibat didorong bisikan suara pelbagai jenis makhluk halus memaklumkan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Mangsa memberitahu suaminya sebelum ini pernah mencekik beliau secara tiba-tiba sebelum bertanyakan mengenai hubungan sulit isterinya itu dengan lelaki lain. Ketika itu, lelaki berkenaan tidak mencederakannya. Suaminya itu juga sudah menunjukkan perubahan tingkah laku sejak seminggu lalu," katanya.

Mohd Adnan berkata, pemeriksaan air kencing ke atas lelaki itu mendapati dia negatif dadah dan kes itu tiada kaitan dengan kehendak seks.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Melaka dan sudah menjalani pembedahan akibat kecederaan parah di bahagian kemaluannya.

"Keadaannya sudah stabil manakala suaminya pula sedang ditahan di Bahagian Psikiatari Hospital Melaka untuk pemerhatian. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata," katanya.

Dipetik dari : Berita Harian

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. suara bisikan halus ni bahaya tul la
    tapi leh percaya ka ek?

    BalasPadam
  2. isk bahaya nih, kalau tak kuat iman.

    BalasPadam
  3. takut rasanya bila semakin banyak kes sedemikian rupa... taknak kawin... hu..hu... tatot

    BalasPadam
  4. org kalau dah marah & tertekan,pertimbanagn akal dah tak ada..itu sebab pentingnya manjaga iman..

    BalasPadam
  5. la pulak takut kawin..orang tak betul je nak potong kemaluan pasangan dia. so kalau boleh sebelum kawin cari pasangan yang tak sewel.. yang penting jgn lupa tuhan..insyaallah aman rumah tangga

    BalasPadam
  6. sbb tu mesti ade kepercayaan dalam perhubungan suami isteri.. kalo da aku terima nikahnya

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..