Perlukah pukul anak perempuan?

5/10/2010 09:47:00 PG 8 Comments

Pagi ni aku buka n check email aku, aku tertengok satu email bertajuk "Perlukan pukul anak perempuan?" so aku terpanggil untuk paparkan kandungan email yang dikirim oleh sahabat kita. sama2 kita baca apa pandangan yang dia tulis.




Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Antara tugas suami yang baik adalah mendengar celoteh isteri dimeja makan. Tugas pasang telinga, angguk angguk dan sengeh2 adalah antara tugas yg saya lakukan hampir setiap hari. (mmm...ngaku baik laa nii..ha2)

Semalam isteri menceritakan kisah seorg anak murid perempuan yg apabila di minta supaya sayang ibunya dan mendoakan ibubapanya , dia bertanya "boleh tak kita sayang je...tapi tak doakan" ... Soalan itu mudah tetapi berdasarkan rentetan peristiwa yang berlaku, seorang guru yg baik akan dapat menyelami atau cuba menyelami apa yg berlaku disebalik soalan itu.

RUPANYA..anak perempuan itu dipukul teruk oleh bapanya. Dari situ timbul geram, timbul dendam dan timbul tidak mahu merapatkan diri pada ibubapanya.

Persoalannya perlukah kita memukul anak perempuan kita?

Isu memukul anak ini memang ada didebatkan. Ada setengah org yg memegang pendapat bahawa tidak perlu menyebat anak. Saya tidak mahu membincangkan perkara tersebut.

Dengan andaian ada bapa yg memang menyebat anaknya, persoalan yg ingin saya timbulkan ialah perlu kah disebat anak perempuan.

Anak perempuan dgn fitrah lembutnya tidak perlu di spoil dgn sebatan kuat dari bapa yg sedang marah. INI yg bapa bapa muda kena sedar. Kalau bapa yg dah 40an tak sedar, malanglah anak2 kalian sebab selepas 40an sepatutnya dah kurang byk/sikit ganasnya.

Mungkin tak larat saya nak tulis panjang tapi persoalannya, kalau pun marah jgn pula dirosakkan fitrah anak perempuan itu kerana sebatan yg merosakkan. Ia tambah buruk jika dibuat selalu.

Sememangnya kita mengatakan tiap ibubapa ada cara dan tahu mengajar anak2 mereka tetapi.... ada yg rasa tahu tapi sebenarnya tidak pernah belajar utk tahu..cuma rasa mcm dirinya tahu....

Untuk bapa, ingat ingatlah sedikit jika mahu menyebat anak.
Untuk ibu, ingatkan suaminya bahawa tak perlu disebat anak perempuan anda.


disumbang oleh : Rancanghidup

Setelah aku baca tulisan sahabat kita dekat atas aku rasa ada benarnya apa yang dia cakapkan tu, sebab fitrah perempuan dilahirkan dalam keadaan lemah lembut. untuk itu cara mendidik anak perempuan bukan sebat cara penyelesaianya. cuba gunakan pendekatan macam mana nak jadikan anak tu hormat dan taat dekat kita.

Sekiranya dari kecik di didik dengan keganasan, jiwa muda ni mudah memberontak dan cepat membuat pertimbangan tanpa berfikir panjang, tu yang jadi anak lari dari rumah.

renung2kan lah wahai sahabat ku diluar sana...

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. That sound like my dad.. [If he found this comment, I'll be dead]..

    Huh. Let it be..

    BalasPadam
  2. ouh. xmoh la pukul anak terok2
    tak kesah laki ke pompuan
    kalo patut bru la leh pukul~

    BalasPadam
  3. Seperti kata pepatah.."Sayang Anak Tangan2kan"...tapi jangan la slalu amalkan..

    Biarlah berpada2 saja kalau nak merotan..biar dia kena sekali dan serik untuk melakukan kesalahan lagi..

    BalasPadam
  4. pukul jgn la melampau sgt..
    dulu kecik2 pun slalu kena pukul dgn mak sbb degil..huwawa

    BalasPadam
  5. biaslah kalau cubit2 tu aku pon kena juga dengan mak.. tapi kena belasah sampai lembik tu takdalah..mak mana tak syg anak oiii

    BalasPadam
  6. haiyoo yooo...sape2 nk jadi bapa atau tengah jadi bapa tu maen la sikit psikologi anak.pukul2 ni mane sesuai tuk anak2 pmpn.tak da instinct kah kamu kesan nya pas kamu pukul?anak adalah anugerah dari tuhan k..

    BalasPadam
  7. SEBAGAI Bapa satu, ia benar-benar buruk.

    BalasPadam
  8. pukul anak tanda syg..biar menangis sekarang bukan dah besar nanti

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..