PANAS !!!! Sapa Curi Kereta Rasmi Ketua Polis Selangor ?

5/07/2010 08:01:00 PG , 1 Comments

Pagi ni tengah2 aku nak mandi aku terdengar dekat berita pagi TV3 mengatakan kereta rasmi ketua polis selangor dicuri.

Aduhhh..macam mana ni, pencuri pon tak takut polis ke. rugi curi perdana V6 tu, kalau nak bagus curi yang EVO X tu. baru berbaloi.

Persoalan sekarang adakah kereta rasmi ketua2 polis negeri di lindungi dengan sistem keselamatan seperti GPS? kalau ada kan senang nak detect pencuri tu.

Tapi pencuri sekarang bukan bodoh. lagi pandai dari engineer kereta beb.

ok aku tak nak ulas lanjut pasal kereta TN. kita yang kena curi tu. nanti tak pasal2 aku kena siasat pulak.

korang baca laporan berita yang aku petik dari Bharian online...


SHAH ALAM: Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dilaporkan hilang ketika pemandunya meletakkan kenderaan itu di tempat letak kereta Jalan Tuanku Ampuan Zabedah, Seksyen 9 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Proton Perdana V6 itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan. “Kita sedang berusaha mengesan kenderaan itu, termasuk memburu penjenayah yang melarikannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Menurut sumber, ketika kejadian Khalid berada di luar negara atas tugasan rasmi dan keretanya dibawa pemandu beliau untuk menghantar dokumen dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke Ampang.

“Dalam perjalanan ke Ampang, pemandu berpangkat koperal itu singgah bersarapan di sebuah restoran di tempat kejadian.

“Kehilangan kereta itu hanya disedari ketika pemandu Khalid kembali ke situ selepas bersarapan, kira-kira jam 9 pagi,” katanya.

Sumber itu berkata, pada mulanya pemandu Khalid menyangka kereta terbabit ditunda oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Bagaimanapun, selepas menghubungi rakannya di Bahagian Penguatkuasaan MBSA untuk mendapatkan kepastian, kereta itu disahkan tiada dalam rekod kenderaan ditunda.

Sebaik menerima laporan pemandu itu, polis melancarkan sekatan jalan raya di semua laluan sekitar bandar raya ini dan kawasan berhampiran bagi mengesan kereta terbabit.

Difahamkan, tiada dokumen sulit, termasuk senjata api disimpan dalam kereta itu ketika kejadian berkenaan

Rujukkan dari Bharian.com.my

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. sape la curi rim tu, bangang gile...tau la kalau jual kat kedai , kedai amik mahal. tp beragak2 la..kalau nk curi pon. ganti la dgn rim asal dr kilang ke..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..