~~~MANISNYA BUAH IMAN~~~

5/18/2010 03:47:00 PTG , 1 Comments


Bila iman telah terpatri di dalam lubuk hati, maka hilanglah

kebiasaan-kebiasaan perbuatan yang bertentangan dengan

kesuburan iman, sehingga hati akan menjadi bersih, dengan

demikian akan timbullah daripadanya akhlak yang terpuji

dan mulia.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamu.

(HR: Bukhari & Muslim)



Hadith ini menerangkan kepada kita, bahawa ada tiga macam

akhlak yang terpuji yang biasa dikerjakan oleh orang-orang

yang beriman:

1. Ia selalu berkata baik

2. Menghormati tetangganya

3. Memuliakan tamunya



Ketiga akhlak mulia ini terbit atau keluar dari sumber mata

air iman. Apabila mahu menggunakan akal dan ilmu pengetahuan

yang dimiliki semaksimum mungkin, maka perlu dipaska oleh

kedua-duanya bagi beriman kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Dunia yang yang tenteram dan damai, tidak dapat dicapai selain

dengan iman. Apabila berhentikan menggunakan iman, berarti

kehilangan iman. Sekiranya iman dan kehormatan sudah tidak

ada, manusia akan akan rugi dan menuju kehancuran.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. btol tu.tq atas perkongsian ini..=)
    salam ziarah..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..