Kenapa dengan aku hari ni?

5/12/2010 04:26:00 PTG 0 Comments

ada semacam tak kena je dengan aku ni hari, rasa mcm bengong pon ada, rasa mcm mungkin dah dekat nak dot..dot... pon ada. serba tak kena aku rasa satu badan. aku sakit ke?

aku rasa mungkin ni tanda2 aku nak sakit kot..huhuhu.. jgnlah sakit, aku tak nak susahkan sapa2 untuk jaga aku.. kesian dekat syg aku.

aku rasa dada aku sakit sangat, aku tak pernah rasa sakit macam ni tapi aku kuatkan semangat aku kata dalam hati mungkin dekat opis ni sejuk sangat kot. lagi pon aku selalu je masuk dalam bilik network dekat opis aku yang suhu bawah 25 darjah. memang sejuk beb.


aku rasa mula sakit tengahari tadi, sakit sangat so member aku ajak keluar makan aku rasa macam malas je, tapi aku keluar juga. time g makan tu kurang sikit.

lepas balik dari makan, aku masuk semula dekat opis dah nak petang2 ni aku rasa semula sakit dia macam aku tak boleh nak bernafas je.

dah lah tengahari tadi aku bengang betul, bukan dengan orang lain aku bengang, tapi dengan diri aku sendiri. salah aku juga.

syg aku minta aku tolong poskan kotak yang berisi hp dekat adik dia ke penang, so sebelum aku nak antar ke pejabat pos tu aku g lah beli pembungkus dengan gam dulu.

macam mana entah aku boleh tergerak hati nak buka dulu kotak tu sebelum aku nak pos, sekali aku buka aku tersalah ambil kotak rupanya, yang aku ambil kotak hp aku yang memang sama kotaknya dengan kotak hp adik ipar aku.. bengang betul aku ari ni...huhu.. semua aku buat tak jadi je.

nampaknya balik ni aku kena jawab dengan syg aku kenapa aku tak pos lagi barang adik dia.. huhuhu..jawablah aku sendiri dengan syg aku nanti.. takpe syg aku ni baik hati.. dia tak marah punya.. kalau marah pon diam jelahkan.

syg, maafkan abang ye, esok abg tolong postkan semula.. andai kata tn. punya blog ni sakit maka berakhirlah entri aku disini.. mohon doakan aku agar sentiasa sihat supaya aku dapat terus menjaga syg aku yang tercinta ni... amin...

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..