5 bulan berlalu....Sangat bahagia bersamamu

5/18/2010 12:14:00 PTG 2 Comments

Salam semua, diam tak diam dah 5 bulan telah berlalu majlis nikah aku dengan orang yang tersayang. Arini 18hb Mei 2010 genap 5 bulan aku bergelar seorang suami.

Aku masih teringat lagi masa aku baru sampai ke Masjid tempat aku dinikahkan, aku turun dari kereta terus mencapai Hp sebab nak call mak aku dekat kg. tapi tak sempat aku nak call mak aku pak imam dah muka biru sebab aku sampai lewat 30 minit.

Semua kerana rombongan keluarga aku yang lewat dari balik solat jumaat. kebetulan masa nikah aku tu aku ambil sempena awal Muharram hari jumaat mengambil keberkataan hari mulia ni.

Aku terus melangkah ke dalam masjid tempat aku di nikahkan. berpuluh2 anak mata memerhatikan aku, sebab ada yang first time tengok ahli baru yang akan masuk dalam keluarga mereka.

Duduk bersila dihadapan imam serba sedikit mengoncang juga dada aku, tapi aku sempat menoleh tercari2 d mana bakal isteriku duduk. Nak tengok juga muka wajah isteri tersayang aku kan. Aku toleh ke kiri terpandang seorang gadis yang sangat cantik serba putih bertudung melemparkan senyuman kepada aku sambil duduk bersimpuh.. oh!! itu rupanya bakal isteriku.. cantik sungguh si dia .



Di saat-saat yang terpenting sekali ketika melafazkan "aku terima nikah Nurfarahliana Binti Saad dengan maskahwinnya RMxxxx.xx tunai" dengan disaksikan 2 orang saksi mengatakan "SAH".. alhamdulilah aku telah sah menjadi suami kepada Nurfarahliana.. kegembiraan terpancar di wajah aku dan juga syg aku, sehinggakan ibu mertuaku menitiskan air mata kegembiraan dan kesedihan kerana anaknya kini telah diserahkan kepada aku untuk menjaganya.

Terima kasih kepada ibu dan bapa mertua ku yang telah memberi kepercayaan kepada aku untuk menjaga, mendidik dan memimpin anaknya kejalan keredaan Allah.

Doakan kebahagian kami berdua sehingga ke syurga dan semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa di berikan kami berdua kekuatan untuk melalui jalan2 yang penuh dugaan dan cabaran dihadapan ini yang tidak tahu mana kesudahannya..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. A speciality of Dogstone Designs is our white gold wedding rings which are high fashion. Super stylish wedding bands can also be composed from our vast collection of loose diamonds with classic white gold rings. Thanks

    BalasPadam
  2. No, that actually seems just about right

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..