Sayangku Di Masukkan Ke Wad Harini - Hari Pertama (5/4/10)

4/05/2010 04:38:00 PTG , 3 Comments

Semalam hari mencemaskan buat diri ku, sbb tiba2 je syg aku di serang sakit perut yang amat sangat.

Memang dari pagi lagi dia dah mula rasa sakit sikit2, sebelum dia teman aku g main liga bowling company aku.

Habis je game bowling aku dengan syg aku terus balik n hantar sepupu dia balik nilai, dalam perjalanan balik tu aku singgahlah makan di sebuah kedai. memang kita orang makan tengahari pon lewat dah dalam jam 3 petang kalau tak silap akulah.

so aku suspect masa dia sakit perut tu mungkin masuk angin sebab lewat makan. so masa dekat umah magrib tu aku sapulah minyak angin yang selalu aku guna time aku sakit perut.

lepas magrib bila aku tanya, syg ada kurang tak? dia kata tak. makin sakit je. so aku tak tangguh2 lagi, aku terus g antar dekat klinik area umah aku, nasib baik tak tutup lagi. klinik tu tutup kalau tak silap jam 11.00 malam kot. sebab syg aku pesakit terakhir sebelum dia orang nak tutup klinik tu.

sampai je jam 10.15, doktok kata mungkin syg aku sakit disebabkan 3 perkara, apendik, mengandung luar rahim atau kencing kotor. so doktor minta aku rujuk dekat hospital yang berdekatan untuk rawatan susulan.

doktor cadangkan aku g dekat hospital pantai, di bangsar. aku pon terus g hospital pantai jam 10.30 dan sampai dekat sana jam 11.00 malam.

sampai je aku terus register syg aku untuk rawatan. bila doktor check dia kata dia nak ambil darah untuk pengesahan penyakit.


aku menunggu sampai jam 12 malam untuk dapat keputusan ujian darah tu. jam 12.30 malam keputusan keluar n mengatakan syg aku terkena apendik..huhuhu..kesiannya.

korang pon tahukan bila dah kena apendik ni mesti kena buat pembedahan untuk buang apendik tu.

so di sebabkan esok kena wat pembedahan , sayang aku d tahan di wad, akulah yang teman dia dekat sana.

biasalah bila dah sakit mestilah sayang aku tak lena tidor ...kesian aku tegok asik terjaga je..huhuhu..mungkin dia tak selesa tidor dekat wad ni. dia kata ni first time dia masuk wad dengan buat pembedahan sekali.

Pagi ni je jam 8.00, syg aku ada buat temujanji g wat check UltraSound, sbb takut2 ada sakit lain dalam perut. jam 11.00 pg keputusan ultrasound normal n takda apa2 masalah..Alhamdullilah sbb takda penyakit lain.

sekarang ni aku tengah tunggu untuk syg aku masuk bilik bedah nak wat pembedahan apendik. doakan sayang aku supaya selamat membuat pembedahan petang ni..

Abg doakan semuanya selamat n abg sentiasa bersama2 di sampingmu sayangku.. love syg.

cerita selanjutnya akan aku maklumkan nanti selepas pembedahan....aku nak teman dulu sayang aku....

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. moga ur wife selamat ye ;)

    BalasPadam
  2. tq daokan wife aku..nak buat post pon tak ada semangat bila wife sakit..huhuhu

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..